[Dikemaskini] Kenapa Maulana Asri Kurang Bersetuju Pengijazahan Sanad Untuk Orang Awam?

Khatam Sahih al-Bukhari Deoband

Sesi Soal Jawab MMAY: Ijazah Sanad Hadis 'Am & Beza Pemahaman Nahu dalam Hadis

Siapakah yang layak dapat sanad Hadis? Maulana 'Asri Yusoff

Khatm-e-Bukhari Shareef With Dua, Darul Uloom Deoband, Upload by Abdul Majid Farooqi

Oleh zain-ys

Pengijazahan sanad kepada orang awam mula bertapak di negara kita. Ada pro dan kontra, Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. 

Maulana Mohd Asri Yusof dari Darul Kautsar seorang tokoh hadis di Malaysia kurang bersetuju dengan pengijazahan begini. Beberapa persoalan yang dilontarkannya yang jawapannya boleh diketahui dengan menonton video beliau di bawah ini. Antara persoalan itu ialah; dari sudut apa bermanfaatnya sanad untuk orang awam? Tabaruk sanad?  Untuk tujuan beramal dengan hadis berkenaan?

Malah ada sudut negatifnya kata beliau, jika pengijazahan sanad kepada orang awam ini dibudayakan, antaranya ialah ia akan menyebabkan orang keliru terhadap individu yang banyak menghimpunkan sanad. Dia akan disangka sebagai seorang ulama hebat, sedangkan dia amat jahil dan tidak berkelayakan sedikitpun dalam bidang ilmu-ilmu Islam.

Benua India yang diakui merupakan pusat pengembangan ilmu-ilmu hadis abad ini. Apakah tradisi pengijazahan untuk orang awam berlaku di sana oleh para ulamanya? Menurut ustaz Zaharudin Nawi Qasimi seorang Deobandi yang aktif menulis tentang manhaj Deoband:

Sepanjang saya tinggal di Deoband saya tidak pernah melihat berlaku pengijazahan sanad kpd org awam wlpn dlm majlis umum khatam Bukhari SETAHUN SEKALI di mana ramai org kampong datang. Tidak juga org awam dth meminta dengan maulana-maulana. Agaknya mereka dah difahamkan sanad ialah bidang khusus para ilmuan.

Menurut beliau lagi: 

Teringat saya pada satu ketika khatam Bukhari di Deoband menjadi satu pesta. Ramai orang kampong datang. Gerai-gerai di buka di sepanjang jalan. Org datang berpusu-pusu lelaki dan perempuan berseret dgn anak-anak memegang botol utk ditadahkan ketika doa nanti. Akhirnya tahun-tahun berikutnya Darul Uloom menutup pengiklanan utk mengelakkan salah faham orang awam.

 

(Dikemaskini) Al-marhum dua orang tok guru saya, seorang mengaji mekah, iaitu Tok Guru Hj Salleh Sheikh Osman Jalaluddin. Seorang lagi deobandi, iaitu Ustaz Maulana Saad Ismail.

Ustaz Saad seorang yang tegas dalam pemberian sanad. Bukan itu sahaja, pengajian Sahih al-Bukhari, kalau siapa yang tak layak, dia tak bagi ikuti. Kami yang memang murid rasminya pun tak diberinya sanad apapun. Saya yakin dia sependapat sebagaimana pendapat Maulana Asri.

Tok guru Hj Salleh, mudah beri ijazah am. Siapa yang minta dia akan beri. 

Bagi saya, dua-dua pendirian tok guru saya ini, ok ok sahaja.. Sedikitpun tak tercela. Semoga Allah merahmati roh dua orang tok guru ini..

Kategori Berita: