SJ - 3160: [G] Permasalahan air mani

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3160: [G] Permasalahan air mani

assalamua'laikom ustaz,
Saya ada merujuk kpd SJ-2434, bagaimanapun tujuan saya mengajukan soalan ini adalah hanya untuk mendapat kepastian dan saya difahamkan setiap user hanya dibenarkan utk mengemukakan satu soalan tapi saya minta budi bicara ustaz untuk menjawab 2 soalan saya ini.

:confused:Bila saya mengalami ransangan yang tinggi(tidak sampai ejakulasi), keesokan hari atau 2 hari kemudian akan keluar cecair putih berketul yang melekit bersama kencing perkara ini terjadi sejak saya mengalami kencing tak lawas. ada kala sikit adakala banyak. Jika dikaji dari SJ2434 ianya mengatakan bahawa air itu air wadi disebabkan kepenatan. Apa pula pendapat ustaz tentang masalah saya ini adakah ianya air wadi atau mani?. Jika ianya air wadi maka tidak menjadi masalah pada saya tapi Katakan ianya air mani, adakah batal puasa saya sedangkan saya tak niat nak mengeluarkannya?

:crazy:2) seseorang yang mandi wajib lepas terbit fajar atau ketika matahari sudah terbit puasanya tetap sah tapi berdosa kerana gagal menunaikan solat Subuh. Jadi apakah sah puasa seseorang yang masih berhadas besar sehingga masuk waktu berbuka?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Permasalahan air mani

:salam

Sheikh Sayyid Sabiq dalam Fiqhus sunnah mendefinisikan wadi sebagai cecair putih kental yg keluar bersama kencing. Berdasarkan definisi ini, saya berpendpt apa yg sdr alami ialah air wadi dan bukannya mani. Maka tidak wajib mandi ttp memadai dgn membersihkannya sahaja berdasarkan hadis berikut:

Berkata ‘Aisyah r.a.: “Adapun wadi ia adalah setelah kencing, maka hendaklah seseorang mencuci kemaluannya lalu berwudhuk dan tidak usah mandi.” (Riwayat Ibnul Mundzir)

Namun sekiranya ia mani sekalipun, tidaklah ia membatalkan puasa sdr krn ia merupakan sesuatu yg tidak disengajakan.

Suci juga bukan syarat sah puasa sptmana solat. Maka puasanya ttp sah walaupun tidak mandi wajib. Adapun mengenai berpuasa ttp tidak solat, Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam fiqhus siyyam mengatakan puasanya tetap sah krn solat dan puasa itu dua perkara yg berlainan dan tidak bergantung antara satu dgn yg lain. Ini berdasarkan jumhur ulama’ yg mengatakan org yg meninggalkan solat itu fasik. Dalilnya:

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula. (QS. 99:7-8)”

Hanya saja terdapat segelintir ulama’ yg berpendapat meninggalkan solat itu kafir, maka nyatalah tidak sah puasanya.

Dr YQ juga mengatakan tidaklah wajar kiranya mereka yg tidak solat tapi berpuasa itu diherdik atau dikutuk atas amalannya spt dgn kata, “solat pun tak, tapi nak puasa. Baik tak yah.” Sebaliknya, hendaklah kita menggunakan amalan uasa itu sebagai satu taktik utk berdakwah kpdnya semoga kembali mengerjakan amalan fardhu yg lain. WA.

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3160: [G] Permasalahan air mani

:wassalam
Tas-hihj/tahqeeq

Jawapan Ust G adalah baik sekali.
Sebagai tambahan: Kami menetapkan cecair itu adalah wadi dan ijma' fuqaha' atas kenajisannya. Ia cecair yg keluar kerana tekanan perasaan dan tekanan fizikal (mental dan physical stress). Ijma' ini disebut oleh Imam anNawawi, alMajmu': 2/559 dan Imam Ibn Qudamah alMaqdisi, alMughny: 2/72) WA