SJ - 3186 : [G] SAHIHKAH - Lupa hafalan Al-Quran, berdosa be

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3186 : [G] SAHIHKAH - Lupa hafalan Al-Quran, berdosa be

:salam

Ana ada sedikit kemusykilan...

Sahihkah haditsh yg menyebut :

"Dosa yg paling besar ialah dosa apabila seseorang itu menghafaz sepotong dari ayat Al-Quran , dan kemudian, dia melupakannya"

Bagaimanakah pula seanadinya ORG itu TER lupa?

WA

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SAHIHKAH >?

:salam

Kebetulan tidak lama dahulu, Ust Dr. Asri Zainal Abidin ada dikemukakan soalan spt ini dalam kuliah Kitab Sahih Bukhari. Beliau mengatakan, mereka yg menghafal kemudian lupa boleh dibahagikan kpd 2 kategori. Satu lupa krn kelalaian. Spt tidak memelihara hafazannya. Dan yg kedua, lupa krn tidak disengajakan spt daya ingatan yg kurang.

Dari Abu Musa al-Asyari ra dari Nabi saw ia bersabda, “Peliharalah hafalan al-Quran(dgn membaca nya terus-menerus). Demia Tuhan yg mana diri Muhammad dalam genggaman tangan-Nya. Sesungguhnya ia(hafalan al-Quran) lebih cepat lepas daripada unta pada ingatannya.”[HR Bukhari dan Muslim]

Adapun mengenai hadis2 yg mengancam mereka yg menghafal kemudian lupa, semuanya dhaif. Termasuklah hadis yg dikemukakan oleh sdr yg mana ia diriwayatkan oleh Abu Daud dan tirmidzi. Hadis tersebut dipertikaikan sendiri kesahihannya oleh Imam tirmidizi spt yg dinukilkan oleh Imam Nawawi dalam kitab al-Azkar. Oleh itu, tidaklah berdosa mereka yg melupakan ayat atau surah al-Quran samada krn sengaja ataupun tidak.

Sekian. WA.

:wassalam

Islamic Ruling Regarding The Qur’an
Fatawa al-Lajnah al-Dai’mah (No. 9455)

Al-Azkar
Imam Nawawi

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3186 : [G] SAHIHKAH - Lupa hafalan Al-Quran, berdos

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. JKK Ustaz Gayat yg menjawab persoalan ini dengan baik. Memang terdapat dikalangan beberapa ulama' yang mengatakan bahawa barangsiapa yg lupa akan Al-Quran setelah menghafalnya, ia merupakan satu dosa yang besar. Dalil mereka :-

[="#800000" size="3"]ÚÑÖÊ Úáí ÐäæÈ ÃãÊí Ýáã ÃÑ ÐäÈÇð ÃÚÙã ãä ÓæÑÉ ãä ÇáÞÑÂä Ãæ ÂíÉ ÃæÊíåÇ ÑÌá Ëã äÓíåÇ
"Dipaparkan dosa umatku, dan tidaklah aku lihat dosa yang paling besar dari surah dari Al-Quran atau ayatnya, seorang lelaki yg melupakannya"
[="#800000" size="3"]ãä ÞÑà ÇáÞÑÂä Ëã äÓíå áÞí Çááå íæã ÇáÞíÇãÉ ÃÌÐã
"Barangsiapa yg membaca Al-Quran kemudian dia lupa, bertemu Allah di hari kiamat didalam keadaan badan yg hancur (atau leprosy - kusta)"

Berkata Al-Suyuti, Imam Al-Nawawi dan lain-lain bahawa kedua-dua hadith ini daif, dan hadith yg kedua lebih daif dari hadith pertama. Maka berdasarkan ini hadith daif tidak boleh dijadikan dalil.

Walaupun hadith yg menunjukkan azab Allah kepada mereka yg telah hafal Al-Quran dan melupakannya merupakan hadith-hadith daif (lemah), Sheikh Dr Abdullah Al-Faqih didalam fatwanya mengatakan :-

[="#0000ff" size="3"]æáßä ÍÇáÉ ãä äÓí ÇáÞÑÂä ÈÚÏ ÍÝÙå ÍÇáÉ ãÐãæãÉ áÃäåÇ äÚãÉ ÚÙíãÉ ßÝÑåÇ¡ ÝáÇ íáíÞ Èãä ÃßÑãå Çááå ÈÍÝÙ ßÊÇÈå Ãä íÝÑØ Ýí åÐå ÇáäÚãÉ æíÊÓÇåá ÝíåÇ ÍÊì ÊÖíÚ ãäå.
"Akan tetapi, keadaan mereka yang lupa akan Al-Quran setelah menghafalnya merupakan satu keadaan mazmumah (bad state), kerana sesungguhnya adalah nikmat besar bagi orang kufur (atheis), dan mereka tidak dikaitkan dengan orang yg Allah muliakannya itu orang yg menghafal kitabnya, sesungguhnya dia telah membazirkan nikmat dan kelonggaran Allah didalamnya sehingga ia menghilangkannya"

--------------
Disini kamin ingin juga memetik fatwa dari Al-Lajnah Al-Daaimah Arab Saudi (fatwa no:7731) berkenaan dengan permasalahan diatas :-

[="#0000ff" size="3"]ãÇ Íßã ãä íßËÑ ãä ÞÑÇÁÉ ÇáÞÑÂä ÇáßÑíã¡ æáßä áÖÚÝ ÐÇßÑÊå áÇ íÓÊØíÚ Úä íÍÝÙå¡ æãÇ Íßã ãä ÍÝÙ ÇáÞÑÂä æäÓíå¿ ßãä íÍÝÙå ááÇÎÊÈÇÑ ÃÝí Ðáß æÒÑ¿

ãä ÃßËÑ ãä ÞÑÇÁÉ ÇáÞÑÂä æáßäå áã íÍÝÙåº áÖÚÝ ÐÇßÑÊå íÄÌÑ Úáì ÞÑÇÁÊå æíÚÐÑ Ýí ÚÏã ÍÝÙåº áÞæáå ÊÚÇáì : ( ÝóÇÊøóÞõæÇ Çááøóåó ãóÇ ÇÓúÊóØóÚúÊõãú )¡ æãä ÍÝÙ ÇáÞÑÂä Ü áÇÎÊÈÇÑ ãËáÇ Ü Ëã äÓíå ÝÞÏ ÃÓÇÁ¡ æÝÇÊå ÎíÑ ßËíÑ.


"Soalan : Apakah hukum bagi sesiapa yg memperbanyakkan membaca Al-Quran Al-Karim, akan tetapi lemah ingatannya dan tidak mampu menghafalnya, dan apakah hukum barangsiapa yg menghafal Al-Quran dan melupakannya? Sebagaimana melakukan hafalan kerana ujian, apakah ia satu dosa?

Jawapan : Sesiapa yg memperbanyakkan membaca Al-Quran akan tetapi tidak menghafalnya kerana lemah ingatan, bergantung kpd bacaannya, diberi pengecualian (excuses) tidak menghafalnya, Kerana firman Allah swt : "Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu" - [Al-Quran 64:16]. Dan barangsiapa yg menghafal Al-Quran - kerana ujian misalnya - kemudian melupakannya maka ia telah menyalah-gunakan, dan amat banyak kebaikan yg ditinggalkan." - [Fatwa Al-Lajnah Al-Daa'imah - 4/95].
-------------

Kesimpulannya, hadith yg sdr VHoutenJr paparkan merupakan hadith yg statusnya lemah dan tidak boleh dijadikan dalil. Walaubagaimana pun seseorang yang menghafal Al-Quran hendaklah sebaik-baiknya menjaga hafalannya, kerana ini merupakan nikmat besar yg Allah kurniakan. Jika hilang hafalan, maka seolah-olah hilang kebajikan dan mendapat kerugian yg banyak. Wallahu'alam,

wassalam
=======
Rujukan :

1. Sheikh Dr Abdullah Al-Faqih. [="#800000" size="3"]äÓíÇä ÇáÞÑÂä ÈÚÏ ÍÝÙå ÊÝÑíØ ÈÇáäÚãÉ . url : http://www.islamweb.net/web/fatwa.showSingleFatwa?FatwaId=19564

2. Fataawa Al-Lajnah Al-Daa'imah LilBuhuth Al-'Alamiyah wa Al-Ifta' - 4. cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Muayyad, 2000. ms 95.

خيرالأمين