SJ -3220: Menjual barang untuk ....

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ -3220: Menjual barang untuk ....

:salam

1. ana nie peniaga makanan (catering, satu hari tu ada la satu manusia (bukan islam) mai nak order pulut kuning. ana tanya nak buat apa dgn pulut kuning tu .. "untuk sembahyang tokong" katanya.

2. ana juga pemborong kelapa, pabila datang thaipusam, maka dtglah mamat india tu nak order 10K kelapa (mesti untuk upacara keagamaan punya).

Persoalannya ustaz, bolehkah ana menjualkannya kpd mereka? Apakah hukumnya?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ -3220: Menjual barang untuk ....

:wassalam
Jawab:

Garispanduan 'am. Apa jua yg menjurus kepada syirik, dosa, maksiat dan kezaliman ni Islam meletakkan garis pemisah (alFurqan). Kaedahnya: "Apa jua yg menjurus kepada yg haram adalah haram." Kecuali kita tidak tahu.

1. Apabila kita tahu pulut kuning itu akan digunakan utk tujuan berhala, maka tertegahlah kita membekalkannya. Ini kerana kita amat benci pada kemusyrikatan. ini kerana mu'amalat kita dgn non-muslim terhenti pada bab agama berdasarkan prinsip surah alKaafirun (bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami)
2. Apabila kita tahu kelapa itu utk berhala, maka tidak ada lagi mu'amalat dgn mereka.
Ini adalah perinsip bisnes Islam.

Cth lain: Kalau kita tahu anggur itu untuk arak, maka kita ditegah menjual kpd mereka. Ini kaedah yg masyhur dalam kitab2 Usyul Fiqh, antaranya Asybah wan nadzair oleh Ibn Nujaim atau asySyuyuti. WA