SJ - 3233: [Z] Mana Yang Lebih Besar Dosa?

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3233: [Z] Mana Yang Lebih Besar Dosa?

:salam

Saya ada terdengar sesetengah ulamak tafsir mengatakan dosa mengingkari suruhan Allah adalah lebih besar dari dosa mengingkari laranganNya. Ini berpandukan kepada peristiwa Allah memerintah iblis sujud kepada Adam dimana iblis ingkar suruhan itu, lalu Allah melaknat iblis dan ia kufur selama-lamanya. Manakala, Adam dan Hawa mengingkari larangan Allah memakan buah khuldi dimana mereka dikeluarkan dari syurga tapi Allah tidak melaknat mereka dan tidak pula mereka ini kufur sebagaimana iblis dan Allah mengampuni kesalahan mereka.

Ulamak tafsir berpendapat, orang yang mengingkari suruhan Allah adalah sombong diri dengan Allah manakala orang yang mengingkari larangan Allah adalah lemah dan tewas kepada nafsu serta godaan. Kalau berpandukan pendapat ini, betulkah mengatakan orang yang meninggalkan sembahyang, puasa, zakat dsb adalah berdosa lebih besar dari orang yang berzina, minum arak dsb.

Apa pandangan ahli panel di sini mengenai pendapat di atas?
Sekian. :atschool

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Mana Yang Lebih Besar Dosa

:salam

Dlm surah An-Nisa’ ayat 31 dan surah An-Najm ayat 32 menggunakan perkataan ßóÈóÇÆöÑó dan ßóÈóÇÆöÑó ÇáúÅöËúãö . Sungguhpun demikian, ia tidak menjelaskan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dgn kaba’ir. Tetapi apabila kita kumpulkan ke semua dalil2 yang berkaitan, terdapat banyak dosa besar.

Terdapat banyak kitab2 yang membahaskan perihal dosa2 besar. Antara kitab yang terkenal ialah Kitab Al-Kaba’ir (ßÊÇÈ ÇáßÈÇÆÑ)oleh Al-Hafiz Az-Zahabi dgn panjang lebar. Ijmak dari kalangan ulama dosa yang paling besar dan senantiasa berada dlm ranking no.1 ialah syrik (menyekutukan) Allah. Az-Zahabi turut menyenaraikan beberapa dosa besar, antaranya meninggalkan solat, berzina, takabbur, menderhaka kedua ibu bapa dsb.

Merujuk kpd perihal iblis yg takabbur, Kita lihat dahulu mengenai ayat yang berkaitan mengenai Iblis yang takabbur; surah al-baqarah:

[="#000080" size="3"]æóÅöÐú ÞõáúäóÇ áöáúãóáóÇÆößóÉö ÇÓúÌõÏõæÇ áöÂÏóãó ÝóÓóÌóÏõæÇ ÅöáøóÇ ÅöÈúáöíÓó ÃóÈóì æóÇÓúÊóßúÈóÑó æóßóÇäó ãöäó ÇáúßóÇÝöÑöíäó

“Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sujud (hormat) kecuali Iblis; dia enggan dan takbur dan jadilah dia dari golongan yang kafir.” (surah al-baqarah: ayat 34)

1. Iblis yang takabbur:

[="#000080" size="3"]
ÞóÇáó æóÞóÇáó ÞóÊóÇÏóÉ Ýöí Þóæúáå ÊóÚóÇáóì " ÝóÓóÌóÏõæÇ ÅöáøóÇ ÅöÈúáöíÓ ÃóÈóì æóÇÓúÊóßúÈóÑó æóßóÇäó ãöäú ÇáúßóÇÝöÑöíäó " ÍóÓóÏó ÚóÏõæø Çááøóå ÅöÈúáöíÓ ÂÏóã Úóáóíúåö ÇáÓøóáóÇã Úóáóì ãóÇ ÃóÚúØóÇåõ Çááøóå ãöäú ÇáúßóÑóÇãóÉ æóÞóÇáó ÃóäóÇ äóÇÑöíø æóåóÐóÇ Øöíäöíø æóßóÇäó ÈóÏúÁ ÇáÐøõäõæÈ ÇáúßöÈúÑ ÇöÓúÊóßúÈóÑó ÚóÏõæø Çááøóå Ãóäú íóÓúÌõÏ áöÂÏóã Úóáóíúåö ÇáÓøóáóÇã ÞõáúÊ æóÞóÏú ËóÈóÊó Ýöí ÇáÕøóÍöíÍ " áóÇ íóÏúÎõá ÇáúÌóäøóÉ ãóäú ßóÇäó Ýöí ÞóáúÈå ãöËúÞóÇá ÍóÈøóÉ ãöäú ÎóÑúÏóá ãöäú ßöÈúÑ " æóÞóÏú ßóÇäó Ýöí ÞóáúÈ ÅöÈúáöíÓ ãöäú ÇáúßöÈúÑ - æóÇáúßõÝúÑ - æóÇáúÚöäóÇÏ ãóÇ ÇöÞúÊóÖóì ØóÑúÏå æóÅöÈúÚóÇÏå Úóäú ÌöäóÇÈ ÇáÑøóÍúãóÉ æóÍóÖúÑóÉ ÇáúÞõÏúÓ

Berkata Qatadah R.A tentang firman Allah:
[="#000080" size="3"]
ÝóÓóÌóÏõæÇú ÅöáÇøó ÅöÈúáöíÓó ÃóÈóì æóÇÓúÊóßúÈóÑó æóßóÇäó ãöäó ÇáúßóÜÝöÑöíäó

“…mereka sujud kecuali Iblis, dia enggan dan takbur dan jadilah ia sebahagian golongan kafirin.”

Iblis, musuh Allah, mencemburui Adam A.S kerana Allah memuliakan Adam. Dia menjawab, “Aku dijadikan dari api sedangkan dia dicipta dari tanah liat." Yang demikian itu, kesilapan pertama yang dilakukan olehnya ialah takabbur, utk musuh Allah terlalu takbur utk sujud kpd Adam. Aku (Ibn Katheer) berkata, perkara ini tsabit dalam riwayat sahih,

[="#000080" size="3"]
«áóÇ íóÏúÎõáõ ÇáúÌóäøóÉó ãóäú ßóÇäó Ýöí ÞóáúÈöåö ãöËúÞóÇáõ ÍóÈøóÉò ãöäú ÎóÑúÏóáò ãöäú ßöÈúÑ»

“Tidak akan masuk ke syurga dari hati yang mempunyai sifat takabbur walaupun seberat biji khardal”

Iblis punyai sifat kufr, takbur dan pemberontak, di mana kesemuanya menyebabkan dia dicampakkan dari kemuliaan dan keampunan Allah.

2. Berbalik kpd persoalan asal, mengingkari suruhan tuhan dgn takabbur ia boleh menjurus kpd perbuatan syirk yakni merendahkan martabat Allah dan mempertikaikan kedudukan Allah sbg Khaliq. Manakala berzina kerana lemah dan tewas kpd godaan hawa nafsu juga dikira dosa besar. Tetapi dari segi ranking, orang yg melakukan syirk tidak akan diampunkan Allah dan dicampakkan ke jahannam sbg mana yang difirmankan Allah dlm surah an-nisa’:

[="#000080" size="3"]
Åöäøó Çááøóåó áóÇ íóÛúÝöÑõ Ãóäú íõÔúÑóßó Èöåö æóíóÛúÝöÑõ ãóÇ Ïõæäó Ðóáößó áöãóäú íóÔóÇÁõ æóãóäú íõÔúÑößú ÈöÇááøóåö ÝóÞóÏú Öóáøó ÖóáóÇáðÇ ÈóÚöíÏðÇ

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, tetapi Dia mengampuni segala dosa selain (syirik) itu bagi siapapun yang dikehendakiNya; dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. ” (Surah An-Nisaa’: ayat 116)

Rujukan:
1. Kitab Kaba'ir, Az-Zahabi
2. Tafsir Al-Quranul `Azim, Ibn Katheer

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3233: [Z] Mana Yang Lebih Besar Dosa?

:wassalam
Jawapan diluluskan

Wbmnp, kita minta perlindungan Allah dari kedua-dua kejahatan dan keingkaran itu.