SJ - 3243: [G] Hukum Tidur Selepas Subuh

5 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3243: [G] Hukum Tidur Selepas Subuh

:salam

Sahihkah hadith yg mengatakan :

"Orang yg tidur selepas Subuh, akan dipayahkan rezeki untuknya". WA

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: HUKUM TIDUR SELEPAS SUBUH

:salam

Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid mengatakan bahawa beliau tidak pernah lagi jumpa mengenai larangan perihal perkara ini. Oleh kerana tidak ada dalil yang sahih, maka hukumnya harus. Walaupun begitu, amalan Rasulullah saw serta sahabat2nya, selepas solat subuh, mereka tidak tidur. Mereka berjaga sehingga matahari naik. Ini terdapat dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim.

Adapun mengenai tidur selepas asar, mmg terdapat dalil mengenainya. kata ini berdasarkan hadis berikut:
“Whoever sleeps after ‘Asr and loses his mind, let him blame no one but himself.”

Hadis di atas telah dikelaskan terlalu dhaif/lemah oleh Albani, Az-Dhahabi, Ibn Jawzee dlln. Hadis ini dikeluarkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab Ad-Du'afa' Wal Majruhin,dari susur Khalid Ibn Al-Qasim dari Al-Laith Ibn Sa'ad dari Uqail dari Az-Zuhri dari urwah dari Aisyah r.a
Hadis ini juga dikeluarkan oleh Ibnul Jauzi dalam Al-Maudu'at dengan katanya :"Hadis ini tidak benar,Khalid adalah seorang pendusta,dan hadis ini sebenarnya milik Ibnu Lahi'ah maka diambil oleh Khalid dan dinisbahkan kepada Al-Laith".
Itu jugalah yang dikatakan oleh Al-hakim dan lelainnya.

Ibnu Lahi'ah adalah seorang yang lemah dari segi hafalannya.

Al-Laith (salah seorang imam dalam hadis dan fikh pada zamannya) telah ditegur oleh Marwan kerana tidur selepas asar pada bulan Ramadhan dengan katanya :"Wahai Abu Al-Haris(Al-Laith)! Apalah engkau ini tidur selepas asar,sedangan telah dikhabaran kepada kami dari hadis Ibnu Lahi'ah!! Maka berkata Al-Laith:"Tidaklah aku meninggalan sesuatu yang memanfaatkan diriku hanya disebabkan oleh hadis Ibnu Lahi'ah dari Uqail tersebut! Maka kata2 ini tidak boleh disandarkan pada Rasulullah saw.

Kesimpulannya, tidaklah terdapat sebrang halangan utk tidur selepas subuh. Cuma sunnah yang sebenarnya adlaah tidak tidur tetapi memanfaatkan waktu tersebut dgn amalan2 seperti zikir dan seumpamanya. Begitu juga tidur slps asar. Walaupun begitu tidur ptg mmg terbukti boleh membuatkan kita lemah tapi tidaklah sampai gila. apa yang penting, kata2 di atas tidak boleh dikatakan hadis drpd Rasulullah saw. memadailah sebagai petua biasa utk tidak melemahkan badan. WA

:wassalam

www.islam-qa.com
www.bicaramuslim.com
www.islamonline.com

ojoi (not verified)
Re: HUKUM TIDUR SELEPAS SUBUH

Sunnah Tidur Tengahari.

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah
keji.Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk
solat zohor."

bagaimana pendapat ust tentang artikel ini ?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3243: [G] Hukum Tidur Selepas Subuh

:wassalam
Tas-hih dan Tahqeeq

Quote:
"Orang yg tidur selepas Subuh, akan dipayahkan rezeki untuknya".

Ia bukan hadis tapi atsar yakni dari Ibn Abbas ra. alhafidz Ibn Qayyim menukilkan atsar ini dalam masterpiecenya Zaad alMa'ad, kitab 4/Tibb anNabawi (perubatan ala Nabi) atau maksudnya Petunjuk RasuluLlah saw dalam perubatan preventif.
Ibn Qayyim menamakan tidur selepas Subuh ini sebagai Khurq yakni tidur yg dicela dalam budaya Arab.
Ibn Qayyim sekali lagi menyebut keburukan tidur selepas subuh ini dalam kitabnya yang lain, madarij asSaalikin pada bab Mufsidat alQalb (Virus-virus hati) dan salah satu virus hati ialah banyak tidur dan tidur pada waktu yg merosakkan spt selepas subuh dan selepas Asr. WA

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: HUKUM TIDUR SELEPAS SUBUH

Tahqeeq:

Quote:
Sunnah Tidur Tengahari.

alHafeedz Ibn Qayyim dalam Zaad alMa'ad (kitab 4/Tibbun Nabawi) menjelaskan Tidur tengahari itu dinamakan Khulq ketika musim summer (panas) yg amat panas. Kerana kepanasan ini, nabi saw biasa tidur yg dinamakan 'qailulah' yg bermaksud nap yg pendek (short nap). itulah yg anda maksudkan sunah tidur tengahari dalam kitab alMisykah (Jld 1/587) dan dalam Ihya' Ulumiddin alGhazzali (2/293). Maka article itu adalah baik.
Tidur qailullah ni telah disahkan oleh doktor2 perubatan Barat sebagai bermanfa'at misalnya kajian Dr William Anthony melalui bukunya,' The Art of Napping at Work' (petua tidur sekejap di tempat kerja). WA