SU - 00036 : SEMPADAN-SEMPADAN MASJID

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU - 00036 : SEMPADAN-SEMPADAN MASJID

:salam,

Ana nak tanya apakah ada huraian tentang sempadan-sempadan masjid?

Maksud ana ialah di manakah yang dikatakan kita telah memasuki/keluar masjid? Adakah yang dimaksudkan masjid dari pagar-pagarnya? Atau dari kawasan ber"karpet"nya?

Tujuan ditanya ialah berkaitan dengan amal seperti larangan orang berhadats besar memasuki masjid, mendahulukan kaki kanan dan sebagainya.

WALlahu`alam.

Abu Muslih

Re: SU - 00036 : SEMPADAN-SEMPADAN MASJID


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SU – 00036 : SEMPADAN-SEMPADAN MASJID

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Abu Muslih ( alangkah indahnya nickname ) yang telah mengemukakan soalan di atas .

Sebenarnya persoalan yang saudara kemukakan di atas telah pun saya jawab di dalam beberapa siri Soal-Jawab Fiqh ( SJ ) sebelum ini . Di antaranya ialah di :

SJ - 1808 : PERBEZAAN DI ANTARA SURAU DENGAN MASJID ( LAGI )
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7898

SJ - 1816 : WANITA HAIDH BERADA DI DALAM MASJID
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7923

SJ - 1822 : DAKWAH , KELESUAN ULAMA' , KEJAHILAN UMAT & MASALAH WANITA HAIDH
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7939

Oleh itu , saya hanya akan menjawab secara ringkas sahaja soalan saudara .

Masalah yang dihadapi oleh kita untuk menangani kes seperti ini ialah TIADA SEBARANG DALIL-DALIL YANG MENYEBUT SECARA SPESIFIK apakah sebenarnya “ Masjid “ itu . Bertitik-tolak daripada situ , tiada juga satu dalil secara khusus yang menyebut apakah pula sempadan-sempadan masjid itu . Inilah pendapat saya menurut sedikit ilmu pengetahuan yang ada pada saya .

Oleh itu , untuk mengetahui apakah itu “ Masjid “ dan bezanya dengan “ Musolla “ dan “ Surau “ serta apakah pula kawasan-kawasan yang boleh dimasuki oleh wanita berhaidh dan yang mana pula merupakan kawasan larangan bagi mereka SEMUANYA ITU berdasarkan istinbath ( keputusan drp satu kajian ) daripada dalil-dalil umum di dalam Al-Quranul Karim dan Sunnah Baginda Rasulullah s.a.w .

Kalau kita melihat kepada kata “ MASJID “ maka secara umumnya ia bermaksud : Tempat Sujud . Dan kalau kita berpegang dengan umumnya perkataan itu , maka sudah tentulah semua sudut di dunia ini adalah masjid ( kecuali tandas dan kandang binatang liar serta tempat-tempat kotor dan bernajis ) .

Oleh itu , tentulah TIDAK SESUAI kita berpegang dengan keUMUMan perkataan . Oleh itu saya telah nyatakan definasi pilihan bagi masjid di dalam SJ – 1808 : PERBEZAAN DI ANTARA SURAU DENGAN MASJID ( LAGI ) :

MASJID : ialah satu tempat solat tertentu yang bukan menjadi milik orang-perseorangan, ataupun milik sesebuah badan / syarikat, yakni ianya merupakan satu tempat yang sudah pun diwaqafkan untuk dijadikan tempat solat awam.

###################

[b] Masalah Wanita Berhaidh & Orang Berhadast Besar Memasuki Masjid : [/b]

Sebelum dibahaskan masalah ini , marilah kita melihat dahulu apakah sebenarnya maksud MASJID .

Saya telah menyatakan di dalam SJ - 1816 : WANITA HAIDH BERADA DI DALAM MASJID sebagai mana berikut :

“MASALAH : Ada pendapat yang mengatakan bahawa boleh wanita haidh berada di perkarangan masjid cthnya di serambi yang mana di masjid tempat ini lazimnya tidak menjadi tempat org bersolat.

Jawapannya : Perkarangan masjid – seperti tempat letak kereta, wakaf ( tempat berteduh ), kaki lima yang berbumbung, kawasan bilik air, kawasan taman, perpustakaan, sekolah - yang tidak digunakan sebagai tempat sembahyang, maka disitu bolehlah didatangi oleh wanita yang sedang haidh. Tapi andainya di serambi masjid itu pula, yang mana ianya tetap juga digunakan sebagai tempat bersembahyang ( walaupun kadang-kadang ianya tidak juga digunakan ), maka di siu tidak boleh didatangi oleh wanita yang sedang berhaidh.

KESIMPULANNYA : Selagi tempat di dalam sesebuah masjid / surau itu digunakan sebagai ruang sembahyang , maka selagi itulah ianya menjadi tempat yang HARAM DIMASUKI oleh mana-mana wanita yang sedang berhaidh ( dan juga oleh orang-orang yang berjunub ).

Oleh itu jelaslah sekarang , maksud MASJID secara khasnya ialah kawasan yang biasanya digunakan untuk bersembahyang . Maka kawasan inilah yang HARAM DIMASUKI oleh wanita-wanita berhaidh dan orang-orang yang sedang berhadast besar .

Adapun kawasan selain itu , maka TIDAKLAH MENJADI APA-APA KESALAHAN untuk dimasuki oleh kedua-dua golongan ini .

Mudah-mudahan jawapan ini dapat meleraikan masalah saudara . Jika masih ada sebarang keraguan , maka silalah kembali bertanya kepada kami . :super

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
20 / Safar / 1424 H
22 / April / 2003 M

SELASA – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum