Kenyataan Media Menteri Besar Kelantan Isu Unsur Syiah Di Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012

Primary tabs

KENYATAAN MEDIA
Saya dimaklumkan bahawa terdapat bahan-bahan berunsur Syiah yang dipamerkan di Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 yang sedang berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV pada masa ini.

Bagi pihak kerajaan negeri Kelantan, saya ingin melahirkan rasa dukacita yang teramat sangat di atas sikap peserta ekspo yang nyata sekali tidak menghormati sentimen umat Islam tempatan yang berpegang dengan akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Justeru, saya telah mengarahkan agar pihak urusetia memastikan semua bahan-bahan ini diturunkan serta merta dengan seberapa segera serta memastikan perkara ini tidak berulang. Saya merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang bertindak segera di dalam memaklumkan perkara ini kepada pihak urusetia khususnya serta pihak kerajaan untuk tindakan. 

Pada saya, urusan akidah ialah perkara yang tiada tolak ansur.

Salam hormat,

(DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Bertarikh : 28 Rajab 1433 H bersamaan 18 Jun 2012

Sumber: FB Menteri Besar Kelantan