SU-00050 Duduk tahiyat akhir(iftirashi) rakaat kedua

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00050 Duduk tahiyat akhir(iftirashi) rakaat kedua

assalamualaikum,
ustad, bagaimana halnya jika saya duduk tahiyat akhir rakaat kedua kerana terlupa dan teringat pada masa itu saya tersilap duduk sedang saya membaca tahiyat. apa yg saya perlu buat lepas itu ustad? adakah sah solat saya jika meneruskan juga solat sambil di akhirnya saya sujud sahwi?

Re: tahiyat akhir rakaat kedua

:salam

Berikut adalah jawapan dari apa yang saya pahami daripada persoalan ini:

Pertama sekali eloklah kita rumuskan mengenai duduk cara iftirasy(duduk tahiyyat awal) dan tawarruk(duduk tahiyyat akhir):

Hanafi, Tsauri dan Syi'ah Zaidiah: Duduk cara iftirasy tidak kira ketika duduk untuk tahiyat awal atau akhir.
Malik, Syafi'iy: iftirasy pada tahiyat awal dan tawarruk pada tahiyyat akhir
Hanbali: Juga seperti Malik dan Syafi'iy, cuma jika solat itu dua raka'at, duduk cara iftirasy ketika membaca tasyahud.
Pentahqeeq:
Dr Wahbah (Fiqh Islami): Jumhur menetapkan sunat duduk cara iftirasy pada tasyahud awal dan tawarruk pada tasyahud akhir
Syaikhul Hadis, Nasiruddin Albani (Sifat Solatun Nabiyy): mendokong pendapat Hanbali: iftirasy jika tahiyyat awal dan solat dua raka'at; tasyahud akhir duduk cara tawarruk
Pendapat ini sama dengan pentahqeeq berikut:
Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah); Imam dan Syaikhul Islam (alMuntaqa 1/437); Imam Syawkani, Nailool Awthor 2/306; Ibn Qudamah alHanbali, alMughny 1/571; Prof Teuku Hasbi Siddiqei, Hukum Fiqh Islam, Jld 3

Dari rumusan diatas, boleh disimpulkan duduk iftirasy ataupun tawarruk ini hukumnya sunat. Oleh kerana hukumnya sunat, sembahyang anda sah, tidak kira apa cara sekalipun anda duduk. Anda tidak perlu melakukan sujud sahwi. Untuk penjelasan berkaitan bila diperlukan sujud sahwi, sila ke url berikut:
SJ-2503 : Sunat Ab'adh dan sunat Hai'at
SJ-2308: Pelbagai mengenai solat (3/Akhir)

Sekian. Harap penjelasan ini memuaskan anda.

:wassalam

Rujukan

Fiqh Sunnah
oleh Sayyid Sabiq

SJ:1006: Duduk iftirasy atau tawarruk?

serta URL yang diberikan di atas