SU-00153: URI BAYI

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
SU-00153: URI BAYI

:salam

Berikut soalan yg masuk ke PM saya. Saya masukkan ke ruangan 'Kemuka Soalan Feqh' utk berkongsi bersama pengunjung ye bersama. WA.

------

Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya mengenai kelahiran seorang bayi. Pertanyaan ini lebih menjurus kepada proses selepas kelahiran bayi bagi setiap keluarga Islam. Saya difahamkan bahawa setiap bayi yang dilahirkan akan disertai oleh URI dari dalam perut setiap wanita yang melahirkannya.
Bagi sesetengah orang, mereka mencuci URI lalu ia dimasukkan ke dalam satu bekas dan dimasuk bersamanya ayat2 suci AlQuran untuk ditanam sekali. Disamping itu, berbagai2 cara juga dilakukan oleh sesetengah orang ke atas URI bayi tersebut.
Apakah terdapat sebarang cara / kaedah dari segi perbuatan mahupun bacaan untuk dicontohi menurut pandangan Islam ketika melakukan pembersihan sehinggalah selesai menanam ke atas URI tersebut? Adakah terdapat nas2 dari AlQuran atau sunah2 yang boleh diikuti.
Harap jika saudara dapat membantu.
Sekian, wassalam.

------

Re: SU-00153: URI BAYI

:salam

Soalan ulangan. Saya pastekan jawapan sebelum ini. WA.

------

Amalan sekitar uri itu tidak ada perbahasan langsung dalam kitab2 sunnah. Ia adalah adat Melayu sahaja yg tiada sandaran dari asSunnah.Uri adalah najis dan hendaklah di tanam sebaik sahaja diserahkan oleh bidan tanpa melakukan sebarang amalan sampingan kerana tidak ada keterangan dari alQur'an maupun asSunnah menyuruh berbuat demikian. WA.

:wassalam