SU-00200: SOLAT JEMAAH KEDUDUKAN SAF

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00200: SOLAT JEMAAH KEDUDUKAN SAF

Anak lelaki berusia 8 tahun, telah berkhatan sudah mumayiz tapi belum baligh. Dua anak perempuan yang sudah baligh serta isteri.Apakah betul kedudukan saf,jika kami sembahyang berjemaah dan saya menjadi iman diikuti dgn anak lelaki saf pertama dan 2 anak perempuan serta isteri di saf kedua. :wassalam

Re: SOLAT JEMAAH KEDUDUKAN SAF

:salam

Kedudukan imam dan makmum yg sebenar mengikut turutan adalah seperti berikut:

1.Imam
2.Makmum lelaki dewasa
3.Kanak-kanak lelaki
4.Perempuan dewasa
5.Kanak-kanak perempuan

Dalilnya:

Sabda Rasulullah SAW maksudnya:

"Adalah Rasulullah SAW mengatur saf lelaki di depan saf kanak-kanak dan saf perempuan di belakang saf kanak-kanak." (Riwayat Muslim).

Rujukan

http://portal.mpklang.gov.my/E-Masjid/SusunanSaf.htm

syawal19792002 (not verified)
Re: SOLAT JEMAAH KEDUDUKAN SAF

:salam

Bagaimana kedudukan saf di belakang imam? Apabila kita memulakan saf yang kedua, dari mana kita nak mulakan saf tu, dari tengah ke dari tepi sebelah kanan.

2. Nak berjemaah dengan org yang sedang solat sendirian, kaedah yang selalu dok pakai, berdiri belakang imam sebelah kanan, kalau datang orang yang kedua pulak, tarik makmum tadi bagi dok sekali dengan makmum yang baru.

3. Sama macam no.2 tapi makmum yg kedua datang terus dok sebelah kiri imam.imam pulak terus gerak ke depan.

Mana satu cara yang betul.

Re: SU-00200: SOLAT JEMAAH KEDUDUKAN SAF