Ulama Azhar membantah penubuhan Pusat Pengajian Syiah

Primary tabs

Para Ulama al-Azhar Syarif membantah cadangan untuk menubuhkan pusat pengajian Syiah di Mesir sepertimana yang telah diumumkan oleh pemimpin Syiah Mesir Ahmad Rasim Nafis.

Bekas wakil Universiti Al-Azhar, Syeikh Mahmud Aasyur berkata bahawa cadangan untuk menubuhkan pusat pengajian Syiah adalah perkara yang tidak perlu di Mesir, ini kerana Mesir telah memiliki pusat pengajian ulung iaitu Universiti Al-Azhar yang juga telah sekian lama diajar  pengajian mazhab Syiah secara jujur dan adil di dalamnya.

 

Syekh Mahmud Aasyur juga menyatakan "Kami warga Mesir tidak memerlukan Pusat Pengajian Syiah, ini kerana kami telah mencintai seluruh ahli bait dengan ikhlas dan tidak akan pudar kecintaan kami itu".

Di dalam masa yang sama, penyarah di Jabatan Akidah Universiri Al-Azhar Doktor Aminah Nasir menegaskan bahawa, cadagan seperti ini ( menubuhkan Pusat Pengajian Syiah ) samada di Mesir atau di mana-mana Negara Islam adalah alasan mereka untuk menyebarkan fahaman Syiah terutama di Mesir.

Beliau berkata "Ini tidak bermakna jika kita menerima pemikiran Syiah ini, maka akan sempurna kecintaan kita terhadap Ahli Bait. Sesungguhnya rakyat Mesir telah sekian lama mencintai ahli Bait dengan sepenuh hati tanpa dipengaruhi unsur-unsur politik dan mana-mana idologi".

Pengajian Mazhab-mazhab Syiah.

Sebelum itu, Ketua Syiah Mesir Ahmad Rasim Nafis telah mengumumkan untuk menubuhkan Pusat Pengajian Syiah dengan menjadikan Kaherah sebagai perintis dan akan menubuhkan cawangan di setiap negeri di Mesir.

Beliau menegaskan bahawa terdapat lebih 700 ribu penganut Syiah di Mesir. Di dalam masa yang sama, Ahmad Rasim juga menuntut agar di beri peluang kepada penganut Syiah untuk menjalankan aktiviti dan majlis keagamaan mereka.

Sumber Berita: http://www.islamonline.net/Arabic/news/2010-02/07/05.shtml