Displaying 136 - 150 of 1659
136 Al-Syama'il: Bab 30. Buah-buahan Yang Dimakan Rasulullah (7 Hadis)

Abdullah bin Jafar berkata: Rasulullah pernah memakan qitsa (sejenis buah seperti mentimun tetapi ukurannya lebih besar) dengan kurma yang baru masak.


9 years 4 months ago
137 Al-Syama'il: Bab 29. Cawan Minum Rasulullah s.a.w. (2 Hadis)

Tsabit berkata: Anas bin Malik menunjukkan kepada kami cawan yang diperbuat daripada kayu dan dilapisi besi, kemudian berkata, “Wahai Tsabit, ini adalah cawan Rasulullah."


9 years 4 months ago
138 Al-Syama'il: Bab 28. Ucapan Rasulullah s.a.w. Sebelum dan Sesudah Makan (7 Hadis)

Abu Ayub al-Anshari berkata: Pada suatu hari, kami berada di rumah Rasulullah. Baginda menghidangkan makanan. Aku belum pernah merasai makanan yang lebih berkat daripada makanan ini, semasa kami mula makan....


9 years 4 months ago
139 Al-Syama'il: Bab 27. Wudhuk Rasulullah s.a.w. (3 Hadis)

Ibnu Abbas berkata: Rasulullah keluar dari tandas, lalu dihidangkan makanan untuk Baginda. Para sahabat bertanya, “Perlukah kami menyediakan air wuduk untukmu?” Baginda menjawab, “Aku diperintahkan berwuduk semasa hendak solat.”


9 years 4 months ago
140 Al-Syama'il: Bab 26. Lauk Rasulullah s.a.w. (34 Hadis) – Bahagian 2

Ibnu Mas’ud berkata: Rasulullah menyukai bahagian kaki daging. Seseorang pernah membubuh racun pada bahagian itu. Baginda tahu yang melakukannya adalah kaum Yahudi.


9 years 4 months ago
141 Al-Syama'il: Bab 26. Lauk Rasulullah s.a.w. (34 Hadis) – Bahagian 1

Aisyah berkata: Rasulullah berkata, “Sebaik-baik lauk adalah cuka (alangkah baiknya lauk cuka).”


9 years 4 months ago
142 Al-Syama'il: Bab 25. Jenis Roti Yang Dimakan Rasulullah (8 Hadis)

Aisyah berkata: Keluarga Rasulullah tidak pernah memakan roti gandum sehingga kenyang selama dua hari berturut-turut, sehingga Baginda wafat.


9 years 4 months ago
143 Al-Syama'il: Bab 24. Cara Rasulullah Makan (6 Hadis)

Kaab bin Malik berkata: Rasulullah menjilat jari-jari Baginda tiga kali sesudah makan.


9 years 4 months ago
144 Al-Syama'il: Bab 23. Cara Rasulullah Bersandar (2 Hadis)

Anas bin Malik berkata: Semasa Rasulullah sedang sakit, Baginda keluar rumah dengan bersandar kepada Usamah bin Zaid. Baginda memakai kain Qithri yang diselempangkan ke bahunya. Kemudian, Baginda solat berjemaah bersama para sahabat.


9 years 4 months ago
145 Al-Syama'il: Bab 22. Tempat Rasulullah Bersandar (5 Hadis)

Jabir bin Samurah berkata: Aku melihat Rasulullah bersandar dengan sisi kiri tubuh Baginda diletakkan pada sebiji bantal.


9 years 4 months ago
146 Al-Syama'il: Bab 21. Khatam Nubuwah (8 Hadis)

Qailah binti Makhramah melaporkan: Qailah melihat Rasulullah di dalam masjid. Rasulullah sedang duduk merapatkan kedua-dua peha beliau ke perut beliau. Lalu Qailah berkata, “Apabila aku melihat Rasulullah duduk dengan begitu khusyuk, aku menjadi gementar.”


9 years 4 months ago
147 Al-Syama'il: Bab 20. Kain Penutup Kepala Rasulullah (1 Hadis)

Anas bin Malik berkata: Rasulullah selalu memakai kain kecil penutup kepala. Sehingga pakaiannya kelihatan seperti pakaian penjual minyak.


9 years 4 months ago
148 Al-Syama'il: Bab 19. Cara Rasulullah Berjalan (3 Hadis)

Abu Hurairah berkata: Aku tidak pernah melihat perkara lain yang lebih indah daripada Rasulullah, matahari seolah-olah beredar pada wajahnya. Aku juga tidak pernah melihat orang lain yang berjalan lebih cepat daripada Rasulullah, bumi ini seolah-olah dilipat untuknya...


9 years 4 months ago
149 Al-Syama'il: Bab 18. Kain Sarung Rasulullah (4 Hadis)

Abu Musa al-Asy’ari berkata: Aisyah menunjukkan kepada kami sehelai pakaian yang renyuk/bertampal dan kain sarung yang kasar.


9 years 4 months ago
150 Al-Syama'il: Bab 17. Serban Rasulullah s.a.w. (5 Hadis)

Jabir meriwayatkan: Pada hari penaklukan Kota Mekah, Rasulullah masuk kota itu dengan memakai serban di kepala Baginda.


9 years 4 months ago