Displaying 151 - 165 of 1659
151 Al-Syama'il: Bab 16. Topi Besi Rasulullah (2 Hadis)

Anas bin Malik bercerita: Semasa Rasulullah memasuki kota Mekah ketika penaklukan kota itu, Baginda memakai topi besi. Seseorang berkata kepada Baginda, “Ini Ibnu Khathal sedang bersembunyi di dinding Kaabah.” Rasulullah menjawab, “Bunuhlah dia.”


9 years 4 months ago
152 Al-Syama'il: Bab 15. Baju Besi Rasulullah (2 Hadis)

Zubair bin Awwam berkata: Semasa Perang Uhud, Rasulullah memakai dua baju besi. Baginda mahu memanjat sebuah batu besar, namun tidak mampu melakukannya. Lalu, Baginda mendudukkan Thalhah dan memijak belakangnya. Dengan itu, Baginda berjaya memanjat batu besar itu. Kemudian, aku mendengar Rasulullah berkata, “Thalhah mesti masuk syurga!


9 years 4 months ago
153 Al-Syama'il: Bab 14. Pedang Rasulullah (5 Hadis)

Anas bin Malik berkata: Hulu pedang Rasulullah diperbuat daripada perak.| Said bin Abul Hasan al-Bashri berkata: Hulu pedang Rasulullah diperbuat daripada perak.


9 years 4 months ago
154 Al-Syama'il: Bab 13. Cara Rasulullah Memakai Cincin (10 Hadis)

Ali bin Abi Thalib meriwayatkan: Rasulullah pernah memakai cincin di jari tangan kanan Baginda


9 years 4 months ago
155 Al-Syama'il: Bab 12. Cincin Rasulullah (8 Hadis)

Anas bin Malik berkata: Cincin Rasulullah diperbuat daripada perak dan batunya adalah batu hitam Habsyi.


9 years 4 months ago
156 Al-Syama'il: Bab 11. Capal Rasulullah s.a.w. (12 Hadis)

Qatadah pernah bertanya kepada Anas bin Malik: Bagaimanakah bentuk sandal Rasulullah? Anas bin Malik menjawab: Sepasang sandal Baginda mempunyai tali qibal.


9 years 4 months ago
157 Al-Syama'il: Bab 10. Khuf (sarung kaki kulit) Rasulullah s.a.w. (2 Hadis)

Buraidah berkata: Raja an-Najasyi menghadiahkan sepasang khuf berwarna hitam pekat kepada Rasulullah. Rasulullah memakai kasut itu. Kemudian, Baginda berwuduk dan hanya menyapu air pada kasut itu.


9 years 4 months ago
158 Al-Syama'il: Bab 09. Kehidupan Rasulullah s.a.w. (2 Hadis)

Muhammad bin Sirin berkata: Kami bersama Abu Hurairah yang memakai dua lapis pakaian yang diperbuat daripada kain linen yang dicelup dengan tanah liat merah. Abu Hurairah membuang hingusnya pada satu daripada dua lapis pakaiannya itu....


9 years 4 months ago
159 Al-Syama'il: Bab 08. Pakaian Rasulullah s.a.w. (17 Hadis)

Ummu Salamah berkata: Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah adalah gamis.


9 years 4 months ago
160 Al-Syama'il: Bab 07. Celak Mata Rasulullah (5 Hadis)

Ibnu Abbas meriwayatkan, Rasulullah berkata: “Bercelaklah kalian dengan batu celak al-itsmid, kerana ia dapat mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.”


9 years 4 months ago
161 Al-Syama'il: Bab 06. Rasulullah s.a.w. mewarna (rambut dan janggutnya) (4 Hadis)

Abu Rimtsah berkata: Aku pergi menemui Rasulullah bersama seorang anakku. Rasulullah bertanya, “Adakah ini anakmu?” Aku menjawab, “Ya, dia benar-benar anakku.”


9 years 4 months ago
162 Al-Syama'il: Bab 05. Uban Rasulullah s.a.w. (8 Hadis)

Qatadah bertanya kepada Anas bin Malik: Pernahkah Rasulullah mewarnakan rambutnya? Anas bin Malik menjawab, “Baginda tidak pernah melakukannya. Walaupun sudah ada beberapa helai uban di kedua-dua pelipisnya. Namun begitu, Abu Bakar pernah mewarnakan rambutnya dengan inai dan al-katam.


9 years 4 months ago
163 Al-Syama'il: Bab 04. Rasulullah mendandan rambut (5 Hadis)

Aisyah berkata: Aku pernah menyisir rambut Rasulullah semasa aku sedang haid


9 years 4 months ago
164 Al-Syama'il: Bab 03. Rambut Rasulullah s.a.w. (8 Hadis)

Anas bin Malik berkata: Rambut Rasulullah mencecah sehingga bahagian tengah kedua-dua telinganya.


9 years 4 months ago
165 Al-Syama'il: Bab 02. Khatam Nubuwah (8 Hadis)

Saib bin Yazid berkata: Makcikku mengajak aku bertemu dengan Rasulullah. Kemudian, makcikku berkata, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anak saudaraku (iaitu as-Sa’ib bin Yazid) sedang sakit.” Rasulullah mengusap kepalaku lalu mendoakan keberkatan untukku. Sesudah itu, Baginda s.a.w. mengambil wuduk, dan aku meminum air bekas wuduknya lalu berdiri di belakang badan Baginda s.a.w.


9 years 4 months ago