Al-Syama'il: Bab 18. Kain Sarung Rasulullah (4 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

18

Kain Sarung Rasulullah (4 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي صِفَةِ إِزَارِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

120

1. Abu Musa al-Asy’ari berkata:

Aisyah menunjukkan kepada kami sehelai pakaian yang renyuk/bertampal dan kain sarung yang kasar. Kata Ai­syah, “Inilah dua helai pakaian yang sedang dipakai oleh Rasulullah ketika nyawanya dicabut.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عن أبيه (أبو موسى الأشعري) قَالَ: أَخْرَجَتْ إِلَيْنَا عَائِشَةُ، كِسَاءً مُلَبَّدًا وَإِزَارًا غَلِيظًا، فَقَالَتْ: «قُبِضَ رُوحُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذَيْنِ»

121

2. Asy’ats bin Sulaim berkata, beliau mendengar makciknya bercerita mengenai pakciknya, Ubaid bin Khalid. Kata Ubaid: Semasa aku berjalan di Madinah, tiba-tiba seseorang menegurku dari belakang, “Angkatlah kain sarungmu, supaya ia tidak kotor dan tidak cepat rosak.” Rupa-rupanya yang menegurku adalah Rasulullah. Lalu aku berkata kepada Baginda, “Wahai Rasulullah, yang aku pakai ini hanyalah sehelai kain yang bergaris hitam putih.” Rasulullah berkata lagi, “Tidakkah kamu mahu mencontohiku?” Lantas aku melihat, hujung kain sarung Rasulullah berada di tengah-tengah betisnya. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ahmad)

عَنِ الْأَشْعَثِ بْنِ سُلَيْمٍ قَالَ: سَمِعْتُ عَمَّتِي، تُحَدِّثُ عَنْ عَمِّهَا قَالَ: بَيْنَا أَنَا أَمشِي بِالْمَدِينَةِ، إِذَا إِنْسَانٌ خَلْفِي يَقُولُ: «ارْفَعْ إِزَارَكَ، فَإِنَّهُ أَتْقَى وَأَبْقَى» فَإِذَا هُوَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّمَا هِيَ بُرْدَةٌ مَلْحَاءُ قَالَ: «أَمَا لَكَ فِيَّ أُسْوَةٌ؟» فَنَظَرْتُ فَإِذَا إِزَارُهُ إِلَى نِصْفِ سَاقَيْهِ

122

3. Salamah bin Akwa berkata:

Uthman bin Affan memakai kain sarung sehingga setengah betisnya, dan berkata, “Beginilah cara sahabatku memakai kain sarung.” Sahabat yang be­liau maksudkan adalah Rasulullah. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Abi Syaibah)

عَنِ إِيَاسِ بْنِ سَلَمَةَ بْنِ الْأَكْوَعِ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: كَانَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ، يَأْتَزِرُ إِلَى أَنْصَافِ سَاقَيْهِ، وَقَالَ: «هَكَذَا كَانَتْ إِزْرَةُ صَاحِبِي» ، يَعْنِي النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

123

4. Hudzaifah bin al-Yaman berkata:

Rasulullah memegang betisku atau betisnya, lalu ber­kata, “Inilah batas hujung kain sarungmu. Jika kamu tidak suka, jangan pula membiarkannya sampai menutupi kedua mata kakimu.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa’i)

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ قَالَ: أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَضَلَةِ سَاقِي أَوْ سَاقِهِ فَقَالَ: «هَذَا مَوْضِعُ الْإِزَارِ، فَإِنْ أَبَيْتَ فَأَسْفَلَ، فَإِنْ أَبَيْتَ فَلَا حَقَّ لِلْإِزَارِ فِي الْكَعْبَيْنِ»

 

Disediakan oleh: zain y.s (al-ahkam.net 2014)