000017-SJ-THAHARAH: dompet duit kulit semasa solat

Primary tabs

1 post / 0 new
000017-SJ-THAHARAH: dompet duit kulit semasa solat

Quote:
Tentang penggunaan minyak wangi yg beralkohol semasa mengerjakan solat dan juga dompet duit kulit semasa solat.

Jawapan
Terdapat perselisihan pendapat ulamak mengenai masalah penggunaan minyak wangi beralkohol, namun kami memilih dan beramal dengan pendapat ulamak yang mengatakan ia adalah halal digunakan.

Mengenai dompet duit kulit semasa solat, jika kulit itu telah disamak dan bukan dari kulit anjing atau babi atau peranakan dari keduanya, maka hukumnya adalah suci serta boleh dibawa dalam sembanhyang.