SJ-2634: Menyertai program "matchmaking"

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2634: Menyertai program "matchmaking"

:salam
Secara ringkasnya, saya ingin bertanya adakah menyertai program "matchmaking" (mencari pasangan) supaya dapat diteruskan ke gerbang perkahwinan dan tidak berniat untuk melakukan maksiat dihalalkan?

:wassalam

Re: SJ-2634: Menyertai program "matchmaking"

:wassalam
Jawab:
Ini termasuk daerah 'alAfwun' (perkara2 yg didiamkan oleh syara') kerana memberi kebebasan kpd manusia mencari pasangannya. Cara matchmaking adalah cara tradisional, di mana ibubapa mencari calon yg sesuai utk anak-anak mereka. Kemudian di zman kini ialah cara cari sendiri kerana perempuan keluar dgn bebas utk tujuan belajar dan kerjaya. Kemudian ada pulak teknik matchmaking yg dianjurkan oleh badan NGO dan profesional yg menggunakan sistem On-line (internet/cyber). Ini semua tidak disentuh oleh syara' selain memberi garis-panduan umum mengenai ciri2 calon yg disukai syara' (HR Bukhari-Muslim dari Abu Hurayra, "..pilihlah yg beragama niscaya kau akan selamat") HR Ahmad dan Ibn Hibban dan disahihkan oleh alHakim," kahwinilah dgn perempuan yg penyayang dan subur.." Jadi cara (metode) utk mencari calon itu diserahkan pada si muslim menentukan samada nak guna ibubapa, nak cari sendiri atau nak guna agensi jodoh dan matchmaking secara cyber. WA