InsyaAllah saya akan menunaikan haji pada tahun hadapan bersama isteri saya. Bolehkah saya bertaklid kepada mazhab Hanafi berkaitan 'tidak batal wuduk bersentuhan dengan isteri' semasa berada di Tanah suci nanti. Jika boleh, bagaimana? Harap dapat penjelasan daripada Ustaz.
Sumber Rujukan Islam Anda..
AlhamduliLlah dan tahniah dari kami.
Bab batal wudhu' bila bersentuhan ini rasanya akan diperolehi semasa anda menghadiri kursus-kursus Haji nanti. Ini kerana memang ada kaedah dalam madzhab Syafi'iy yg sudah dimaklumi sejak berzaman mengenai teknik berpindah madzhab ini.
Al_Ahkam adalah Fiqih generasi baru. Fiqh kami adalah merentasi madzhaahib dan Imam, zaman dan batas-batas geografi. Apa yg anda alami itu dinamakan terkongkong dalam madzhab di mana sudah tertanam dalam minda generasi tua kita bahawa berpegang teguh pada madzhab Fiqih adalah suatu kewajiban dalam beragama. Masuk keluar madzhab ini suatu yg taboo dan mestilah mematuhi syarat2 yg ketat.
Langkah terbaik dalam hal ini ialah belajar dari basic semula bahawa seluruh para Imam mujtahidin adalah milik umat Islam, suatu khazanah ilmu yg tidak boleh kita abaikan sebahagian dan kita utamakan sebahagiannya.
Taklid adalah sebenarnya suatu era yg sementara sahaja buat seseorang dan taklid bukanlah suatu option yg disukai oleh agama. Maka kami sarankan kita semua bergerak ke arah satu lagi fasa iaitu "ittiba'" yakni kita mulai peka dgn dalil2 dan nas2 yg digunakan oleh para Imam. Lalu kita memilih hujah yg terkuat tanpa mengira madrasah dan madzhab mereka. Kita mengasihi semua mereka tapi kita lebih mengasihi alhak.
Oleh kerana kami tahu, isu ini sensitif dan bukan senang merubah paradigma masyarakat, maka mari kita selesaikan isu bakal haji ke Mekah dan dilemma batal wudhu' itu.
Baiklah, menyentuh masalah bersentuh dgn perempuan dan batal atau tidak wudhu' itu, kekecohan ini berasal dari suatu dalil yg umum dari alQur:an, iaitu "jika kamu menyentuh perempuan" almaidah:6
Hanya Syafi'iyah yg sangat keras dalam hal ini bila mentafsirkan sentuhan itu ialah sentuhan secara mutlak. Hanafi pula amat ringan dan mudah dalam hal ini kerana mereka mentafsirkan sentuhan itu adalah jima'. Pendapat pertengahan adalah dari Maliki dan Hanbali, iaitu sentuhan yg ada rasa syok atau syahwat. Inilah pendapat pilihan para ahli tahqeeq dan al_Ahkam memilih pendapat ini juga dan inilah yg perlu anda pegang tanpa perlu memikirkan rasa berslaah kerana keluar dair madzhab Syafi'iy. Ini kerana madzhab Syafi'iy bukan rigid berdasarkan fatwa Imam Syafi'iy ra sendiri yg membenarkan pendapatnya ditinggalkan jika ada hadis sahih yg berlawanan dgn pendapatnya. Maka bersentuhan yg tidak disertai rasa syahwah ini tidak membatalkan wudhu' berdasarkan hadis2 sahih. Misalnya: Muslim (3/203), nasa'iy (1/101) dari Aisyah ra. WA