SU-00070 Mewarnakan Rambut

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00070 Mewarnakan Rambut

Assalamualaikum wrbt

Disini ada beberapa soalan yang ingin saya ajukan kepada ruangan soal-jawab ahkam......

Apakah hukum mewarnakan rambut walaupun saya bertudung sekiranya :-
saya mendapat kebenaran dari suami,
barangan pewarna yg digunakan pula mendapat kelulusan dari JAKIM (halal & selamat) utk digunakan
dan saya pula bertujuan (niat) sekadar utk menghias diri bagi suami dirumah

Apakah hukumnya pula bagi wanita memakai pakaian ataupun tudung lebih dari satu warna ataupun warna - warna yang terang seperti warna kuning, merah jambu dan sebagainya???
Jasa baik dan perhatian dari pihak ruangan al-ahkam amat-amat saya hargai..
Sekian, terima kasih

Wassalam

Re: Mewarnakan Rambut

:salam

Soalan2 yg dikemukan pernah dijawab oleh panel fiqh kita. Berikut ringkasan jawapannya.

Soalan 1: Hukum mewarna rmabut.
Saya tidak perlu utk meringkaskan jawapan kerana url berikut akan menjawab persoalan saudari dgn baik sekali. Berikut url nya
SJ-2069: warna rambut kerana trend atau style

Soalan 2: Etika pemakaian muslimah

Berikut petikan jawapan dari Sheikh Pendekar kita.

Ringkasnya di dalam masalah pakaian wanita Islam ini : PAKAILAH APA SAHAJA BENTUK TUDUNGNYA, BAJUNYA , KAINNYA, JUBAHNYA DAN SEUMPAMANYA ASALKAN IANYA MENEPATI KRITERIA-KRIETRIA YANG TELAH ISLAM TELAH TETAPKAN IAITU TIDAK MENAMPAKKAN SUSUK TUBUH ( Contohnya nampak lekuk-lekuk bahagian-bahagian tubuh wanita yang mudah merangsang syahwat kaum lelaki secara kebiasaannya ) , kerana itu digelar sebagai FITNAH ( Fitnah di dalam Bahasa Arab lebih luas pengertiannya, bukan sebagaimana yang difahami di dalam Bahasa Melayu yang menyempitkan pengertiannya !!! ).

Tidak semestinya seseorang wanita Islam itu bertudung bulat dan berjubah ala- Arab. Yang mesti ialah sbg mana yang telah disebut di atas . Tidakkah saudara/I perhatikan sendiri , betapa masih ramai yang tetap bertudung bulat, tetapi ekor tudung bulatnya tidak menutup bahagian belakang ( punggung ) seseoranf wanita !, hinggakan apabila dia berjalan, masih kelihatan punggungnya yang bergerak-gerak !!??.

Bukankah berjubah ala- Arab sudah menjadi trend sekarang !, tetapi perhatikan baik-baik, kadang-kadang disebabkan warna jubah ( jubah satu warna ) itu ianya lebih mudah menampakkan susuk anggota seseorang wanita itu berbanding dengan memakai baju kurung yang mempunyai berbagai warna ( terutama yang berwarna suram yang mampu melindungi lekuk-lekuk tubuh badan wanita ) !!??.

SJ-1711 : Rampai : Berserban, Ikut Sunnah, Pakaian Muslimah, Muzik, Hadis & Isteri Bantu Suami
---------

Sheikh THTL juga ada memberikan kita gambaran pakaian yg menepati kehendak islam itu iaitu:

menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan dan harus menzahirkan perhiasan yg biasa nampak. Maka fesyen pakaian muslimat hendaklah kombinasi tudung (khumur) dan pakaian yg dapat melindungi susuk badannya jilbab), terutama kawasan payu dara dan ia hendaklah tebal. Jilbab (baju kurung spt jubah) dalam surah Ahzab dan khumur (tudung kepala) dalam surah anNuur disebut hingga ke dada. jadi mana-mana jenis tudung yg tidak sampai menutup dada perempuan adalah pakaian yg belum lengkap.

SJ-1108: Issue tudung tiga segi.......

-------

Dalam SJ yg lain pula, Sheikh THTL juga menjawab mengenai isu pemakain warna-warni ini. Adakah ianya tabarruj. Sila ke url berikut utk mengikuti jawapan beliau:
SJ-1235: Tudung Wardina 2

Sekian.

:wassalam