Assamualaikum,
Terima kasih diatas jawapan kepada soalan saya tempoh hari. Saya ingin meminta ustaz huraikan dengan lebih lanjut mengenai hukumnya, dalil-dalilnya serta kesan dan akibatnya jika dibenarkan perkara itu berlaku supaya saya dapat menjelaskan dengan lebih detail mengenai perkara tersebut.
-----------
Quote: SJ: 1562
Di alam pekerjaan sekarang ini dimana perempuan sekarang pun bekerja, pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak dapat dielakkan. Di atas dasar itu bolehkah seorang suami membenarkan isteri yang bekerja keluar dengan bossnya (lelaki) di atas tujuan pekerjaan contohnya si boss tadi telah mengajak isterinya keluar berjumpa dengan pelanggan kerana tujuan pemasaran dan sebagainya? Dan si isteri menjelaskan bahawa dia terpaksa keluar kerana keperluan pekerjaan dan takut sekiranya tidak dipatuhi akan menyebabkan kariernya terjejas.
Wassalam.
Jawab:
.
Dalil:
1. AlQur'an:
17: al_Isra':32 (Jangan kamu hampiri zina)
24: anNuur: 3 (Katakanlah kepada wanita mukmin, hendaklah mereka tundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka)
Dalil Hadis:
HR Termidzi dari Jabir ra," janganlah kamu masuk atas wanita ketika suaminya tidak ada, sebab syaitan dapat masuk pada pembuluh darah seseorang."
HR Ahmad," tidak adalah orang ketiga dari lelaki dan perempuan (yg berkhalwat) melainkan syaitan"
Suami hendaklah memiliki perasaan cemburu yg kuat:
Dalil:
HR Termidzi dari Abu Hurairah ra: " Allah sangat cemburu dan orang mukmin juga cemburu."
HR Bukhari dan Muslim dari Sa'ad bin Ubadah ra," apakah kamu tidak kagum dgh cemburunya Sa'ad, sesungguhnya aku lebih cemburu daripadanya."
Kaedah-kaedah syara', antaranya:
1. Mudharat tidak boleh dihapuskan dengan mudharat yg lain
2. menolak mudharat lebih utama dari mengambil maslahat (kebaikan)
3. Sadd adDzara'iy (ditutup pintu-pintu fitnah dan kejahatan)
Allahu a'alam