SJ-2778: suami derhaka???

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2778: suami derhaka???

:salam

is it true... that...

jika isteri cakap kasar dgn suami, isteri berdosa.
tapi, kalu suami cakap kasar dgn isteri, suami tak berdosa ker?

:confused: just curious...

Re: suami derhaka???

Pembinaan rumahtangga hendaklah juga diasaskan di atas dasar Al-Muasarah bil Maaruf. Apa yang dimaksudkan dengan Al-Muassarah bil Maaruf ialah: Pergaulan dan hidup bersama secara baik dan diredhai Allah. Tidak dikatakan sesuatu itu Maaruf melainkan ia baik dan diredhai Allah serta jauh pula dari kemungkaran, kemaksiatan, penganiayaan, kezaliman dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w. bersabda "Sebaik-baik kamu orang yang baik kepada ahli rumahnya dan akulah sebaik-baik di antara kamu kepada ahli rumahku."

Allah berfirman dari Surah An Nisaa:
“Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa, dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut, kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (An-nisaa’: ayat 19)

Cakap kasar ni subjektif. So, kena specific skit kasar mcm mana.

Kalau maki hamun itu tentulah ia adalah satu dosa.

wallahua'lam.

Re: suami derhaka???

Jawapan sdra zayed di luluskan..