Assalammua'laikom ustaz....
1) Adakah sah seseorang itu berwuduk dengan hanya menjirus sahaja air ke kakinya atau perlukah menyapu air yang dijirus itu dengan tangan sedangkan tiada benda menghalang air di tapak kakinya?
2) Lelaki yang mencukur bulu kaki ataupun dada adalah haram kerana mengubah ciptaan tuhan ataupun berdosa kerana cuba menyamai wanita. Bagaimana jika bulu2 didada itu hanya digunting untuk mengurangkan lebatnya kerana tuan punya diri berasa tidak selesa dengan keadaan bulu dada yg terlalu lebat? adakah juga berdosa?
Jawapan untuk soalan no.1:
Bab wudhu
Apakah perbuatan menggosok itu (tanpa ada benda yang menghalangi wudhu') itu wajib?
Apakah cukup dgn sekadar mencurah air kepada anggota wudhu? Apakah memadai digosok kaki dgn kaki?
Para fuqaha berselisih mengenai perkara ini.
Jumhur ulamak fiqh mengatakan ia adalah sunat kecuali mazhab maliki. Jumhur fuqaha mengatakan ia sunat kerana berdasarkan keumuman dalil al-quran dan al-hadith yang tidak menyebut secara jelas dan tidak pernah ditsabitkan.
Firman Allah S.W.T:
“Dan basuhlah kedua-dua kaki kamu sehingga meliputi buku lali…” (Surah Al-Maidah: ayat 6)
Diriwayatkan dari Amru Bin Absah bahawa baginda menyapu kepalanya seperti yang disuruh Allah, selepas itu baginda S.A.W membasuh kedua-dua kakinya sehingga kedua-dua buku lalinya seperti yang disuruh Allah. (Hadith Riwayat Ahmad)
Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa baginda S.A.W membasuh kaki kanannya dan kirinya (hadith riwayat muslim)
Mazhab maliki berpendapat ia wajib dan mesti dilakukan dgn menggosok dgn tapak tangan dan bukannya belakang tapak tangan. Mereka berhujjah dgn
1. ayat wudhu’ (almaidah ayat 6) bahawa basuh dalam ayat itu tidak akan terlaksana kecuali dgn menggosok. Oleh itu sentuhan (aliran) air semata-mata tidak akan dianggap basuh kecuali jika disertakan dgn menyapu sesuatu ke atas anggota dan inilah pengertian menggosok.
2. hadith yang bermaksud, “Basahkanlah rambut dan bersihkan kulit.” Hadith ini adalah sahih yang menunjukkan wajib melakukan perbuatan menggosok kerana pembersihan tidak akan terhasil dgn curahan/aliran air semata-mata
3. Menggunakan qiyas. Mereka menggunakan perbuatan bersuci dari hadath kecil dgn perbuatan membersihkan najis yan tidak mungkin berlaku kecuali dgn menggosok dan mengganyah. Ini berdasarkan ayat surah al-maidah ayat 6
“…dan jika kamu jubub, maka bersucilah (thahharu) dgn mandi wajib…”
Perkataan thahharu adalah ungkapan mubalaghah yang menunjukkan lebih dlam bersuci dan ia terlaksana dgn adanya gosok.
Tarjih Intiqa’ie
Pengarang Nailul Awtar, Imam As-syaukani, apa yang dinamakan sebagai membasuh tidaklah termasuk perbuatan menggosok. (Nailul Awtar, Jilid 1)
Tarjih wahbah Zuhaili bahawa perbuatan menggosok hanyalah sunat kerana tidak tsabit dari Baginda S.A.W yang baginda melakukan demikian.
Jawapan soalan 2:
Rujuk dlm archive. Syaikhunna Tuan Pendekar sudah menjawabnya dgn lebih detail.
Rujukan:
Al-Fiqh ISlami wal adillatuhu Al-Juz Awwal Wahbah Az-Zuhaili
Nailul Awtar
http://www.zayed.com
Assalamu'alaikum,
Terima kasih sdr Zayed yang telah sudi menjawab soalan mengenai wudhu'. :super Beberapa Url mengenai hukum mencukur bulu roma dan kaki kami paparkan seperti dibawah ini :
1. SJ – 2285 : PERBEZAAN DI ANTARA BERUBAT DGN MENGUBAH CIPTAAN ALLAH
2. SJ – 2246 : CUKUR BULU KAKI KERANA SUAMI SUKA
3. SJ – 2244 : HUKUM MENCUKUR BULU KAKI & BULU ROMA ( LELAKI & WANITA )
wassalam
خيرالأمين