Keputusan Muzakarah JK Fatwa: Wahdatul Wujud

Primary tabs

16. Wahdatul Wujud
3 April 2000 Muzakarah Kali Ke-48

SS Syed Alawi Tahir al-HaddadKeputusan:
a. Fahaman Wahdatul Wujud menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

b. Bersetuju dangan Fatwa resmi Negeri Johor tahun 1948 oleh S.S. Syed Alawi Tahir Al-Hadad seperti berikut: “Mengikut pendapat ijmak ulama’ fahaman Wahdatul Wujud adalah kufur. Sesiapa yang mempercayai dan mengamalkan adalah murtad jika pengamal fahaman tersebut mempunyai isteri, isterinya tertalak dan anaknya    adalah anak luar nikah dan hartanya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.”

c. Kitab Kasyf Al-Asrar, Al-Dar An-Nafs, Hidayah As-Salikin dan kitab-kitab lain yang mempunyai elemen wahdatul wujud tidak dibenarkan dipelajari di masjid-masjid dan di surau-surau.

d. Semua negeri akan mengambil tindakan memfatwa dan mewartakan bahawa ajaran Wahdatul Wujud bercanggah dengan ajaran Islam.

Petikan: Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, terbitan BAHAGIAN PENGURUSAN FATWA, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA, Cetakan Pertama 2009, Hal. 9 -10