SJ - 1758 : APAKAH "BERKAT" ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1758 : APAKAH "BERKAT" ?

Assalamualaikum WarahmatulLah,

Ingin saya bertanya tentang berkat, Apakah berkat/berkah itu?

Bukankah berkah itu hanya dari Allah, bagaimana dengan scenario ini. " Salam dengan Uztaz/imam dapat berkah." dan seumpamanya.

Mohon penjelasan tentang berkah didalam salawat inI :

" Semoga terurai dengan berkahnya segala macam buhulan dilepaskan dari segala macam kesusahan, ditunaikan segala macam hajat, tercapai segala macam keinginan dan husnul khatimah, dicurahkan air hujan dengan berkah peribadinya yang mulia."

Sekian

Re: SJ - 1758 : APAKAH "BERKAT" ?

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

Berkat diambil daripada perkataan Arab iaitu “ BARAKAH ~ ÈÑßÉ “ . Dan perkerjaan “ mengambil berkat “ pula dikenali sebagai “ TABARRUK ~ ÊÈÑß “.

Sudah tentulah “ berkat “ yang ditanya itu bukannya “ berkat @ barakat “ sebagai mana yang difahami oleh masyarakat Jawa, iaitu “ nasi kenduri yang dibawa pulang sebagai bekalan “.

Oleh itu “ berkat “ ini ialah : BAHAGIA, BERUNTUNG, BERTAMBAH & BERKEMBANG .

Ar-Raghib Al-Isfahani mendefinasikannya sebagai :

ÇáÈÑßÉ : ËÈæÊ ÇáÎíÑ ÇáÅáåí Ýí ÇáÔíÁ

Ertinya : “ Keberkatan itu ialah tetapnya kebaikan Ilahi di dalam sesuatu “.

Maka jelaslah “ MENGAMBIL BERKAT “ pula ialah : “ Mengharapkan datangnya kebaikan daripada Allah Ta’ala dari sesuatu yang dipercayai mempunyai nilai-nilai keberkatan “.

Contoh-contohnya :

KEBERKATAN DI DALAM BELAJAR :

~ Sedikit yang dipelajari dengan ikhlas kerana Allah Ta’ala, membuahkan lagi ilmu-ilmu lain.
~ Secocok dengan ajaran Allah Ta’ala dan Rasul-Nya (saw).
~ Ianya membuahkan amal seterusnya iman.
~ Ianya merangsangkan lagi minat beribadat.
~ Ilmu yang disalurkan, dikembangkan pula oleh generasi selepasnya.

KEBERKATAN DI DALAM BERAMAL & BERIBADAT :

~ Amalan yang diamalkan itu secocok dengan Allah Ta’ala dan Rasul-Nya (saw).
~ Amalan itu IKHLAS kerana Allah Ta’ala.
~ Amalan itu membuahkan hasil yang selari dengan kehendak Islam.
~ Terasa manisnya beribadat.
~ Lahirnya ibadat itu setelah mempelajari Sunnah Baginda s.a.w.

KEBERKATAN MASA :

~ Berdoa di saat menjelangnya Subuh ( 1/3 daripada malam ).
~ Makbulnya doa di antara Azan dengan Iqamah.
~ Makbulnya doa di antara Azan Jumaat dengan selesainya khutbahnya.
~ Makbulnya doa khasnya di musim Ramadhan dan terutamanya di 10 hari-hari terakhirnya.
~ Makbulnya doa ketika melakukan Ibadah Haji khasnya ketika melakukan Wuquf di Arafah.

KEBERKATAN TEMPAT :

~ Beribadat di ketiga-tiga masjid : Masjidil Haram di Mekkah Al-Mukarramah, di Masjid an-Nabawi di Madinah Al-Munawwarah dan di Masjidil Aqsa di Palestin.
~ Berkatnya berdoa di Padang Arafah ketika Wuquf.
~ Berkatnya berdoa di Multazam, Di Safa & Marwah, Maqam Ibrahim, Telaga Zam-Zam dan sekitar kawasan haji.

KEBERKATAN PADA REZEKI DAN MAKANAN-MINUMAN :

~ Rezeki itu daripada sumber yang tidak haram dan tidak syubhat.
~ Rezeki itu sedikit dirasa, tetapi mencukupi keperluan.
~ Rezeki itu dengannya kita mampu membiayai keluarga dan menjaga kebajikan mereka menurut neraca syariat.
~ Rezeki itu tidak “ menggelapkan hati “ daripada cahaya Allah Ta’ala.
~ Rezeki itu tidak menyebabkan kita jauh daripada hidayah Allah Ta’ala.
~ Rezeki itu menyemarakkan lagi semangat untuk beribadat.

KEBERKATAN PADA USIA :

~ Usia yang ada dimanfaatkan untuk menegakkan perjuangan Islam.
~ Usia sedikit, tetapi mendatangkan manfaat yang besar – contohnya ulama’ silam, mereka mampu menghasilkan kitab-kitab yang berjumlah beratus-ratus jilid dan judul walaupun mereka tidak mampu hidup lama.
~ Usia itu memenuhi persoalan : “ Untuk apa kita dilahirkan ke dunia ini ? “.

Kerana keberkatan itu sendiri adalah urusan ibadat, maka sudah semestinyalah ianya ditentukan oleh MAHA PENGATUR SYARIAT iaitu Allah Ta’ala dan diterangkan pula oleh utusan-Nya iaitu Baginda Rasulullah s.a.w/

Maka jelaslah, berkatnya sesuatu itu bukannya ditentukan oleh semata-mata kata-kata ustaz itu dan ustazah ini, lebai itu dan lebai ini, kiyai itu dan kiyai ini MELAINKAN semuanya mestilah berdasarkan ketentuan syariat !!!. Dan jelaslah juga bahawa keberkatan itu bukanlah semacam kuasa luar-biasa ( super-natural ) yang selalu dibayang-bayangkan oleh para dukun, pawang, bomoh dan guru-guru Silat yang tidak mendapat petunjuk Allah Ta’ala.

***********************

Isu bersalam dengan imam : Keberkatan yang lahir kerana itu bukanlah sejenis power ataupun kuasa luar-biasa !! tetapi keberkatan di situ bererti ianya melahirkan ukhuwwah dan merapatkan lagi hubungan sesama muslimin.

Dan dengan kuatnya hubungan sesama muslimin, sudah pasti agama Allah Ta’ala itu lebih mudah diperjuangkan dan ditegakkan di atas muka bumi ini.

Kalau sekadar / semata-mata bersalam dengan imam itu, tidaklah mendatangkan berkat. Yang mendatangkan keberkatan ialah kita bersalam demi mengukuhkan ukhuwwah dan mengukuhkan ukhuwwah itu sendiri adalah tuntutan Islam.

Dan beramal dengan ajaran Islam, yang jelas daripada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah, sudah pasti ada keberkatannya !.

***********************

Kami sendiri tidak pasti daripada mana saudara mendapatkan selawat itu ?. Ya, mungkin sahaja itu yang dikenali sebagai “ Selawat Tafrijiyyah “ ( Alangkah baiknya andainya saudara mendatangkan teksnya di dalam B. Arab & terjemahannya di dalam B. Melayu dengan lengkap agar “ terhurai “ segala teka-teki ).

Namun, berdasarkan pengamatan kami, keberkatan di situ bermakna keberkatan kerana berselawat ke atas Baginda Rasulullah s.a.w. Dan perintah berselawat dan kelebihannya sudah tentu tidak dapat dipertikaikan lagi kerana ianya bersumber sendiri daripada Al-Quran dan As-Sunnah.

Maka selagi selawat itu tidak menyebabkan kemuliaan Baginda s.a.w berkurangan, tidak menyebabkan Baginda s.a.w dikultuskan / dimuliakan dengan cara yang tidak dibenarkan syariat, tidak menyebabkan manusia menyangka bahawa Baginda s.a.w berkuasa mutlak dan penuh mendatangkan kebaikan dan menolak bencana, tidak menyebabkan manusia mempertuhankan Baginda s.a.w – Maka, tidaklah salah beramal dengan selawat itu. Namun yang terlebih baiknya ( afdhalnya ) ialah beramal dengan selawat-selawat yang ma’tsur ( bersumber ) jelas daripada contoh-contoh Sunnah Baginda s.a.w.

***********************

Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

SUMBER & SARANAN PEMBACAAN :

PERINGATAN KHAUL BUKAN DARI AJARAN ISLAM
Drs. Imron AM – ms 111 – 128 – PT Bina Ilmu, Surabaya, Indonesia.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

13 / Jumadi Tsani / 1423 H
22 / Ogos / 2002 M

Bandaraya Kaherah