Assalamualaikum!
Harap Ustaz dapat bantu saya. Saya baru mendapat tahu seorang rakan saya yang mula cenderung kepada agama merupakan seorang khunsa. Dia lebih cenderung kepada ciri seorang lelaki seperti berpakaian, berjanggut dan sebagainya. Walaupun begitu setiap bulan darah haid keluar melalui kemaluannya seperti biasa. Bagaimana dengan masalah solah, iktikaf dll. Wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
SU-00209: Pasal Khunsa?
Primary tabs
Tue, 04/11/2003 - 3:03pm
#1
SU-00209: Pasal Khunsa?
:salam
Khuntha atau mukhannath: Insan yang mempunyai 2 jantina (kemaluan).
Sila click jawapan di bawah utk keterangan lanjut.
SJ2391: MASALAH KHUNSA
Syeikh Muhammad Ali Hanooti (Islam Online) menyebut kedudukan khunsa dlm ibadat ditentukan oleh keaktifan jantinanya atau yang mana berfungsi. Sekiranya jantina kelakiannya (berfungsi) lebih kuat, maka hendaklah ia menjalani ibadah sebagai seorang lelaki. Sekiranya kecenderungannya terhadap wanita lebih kuat (kelaminnya), maka hendaklah ia mengikuti ibadah sebagai seorang wanita. Ini hendaklah mendapat pengiktirafan dari segi sudut perubatan.
Disebut dlm hadith Abu Dawood riwayat dari Aisyah dimana seorang mukhannath telah keluar masuk rumah isteri2 nabi. Pada mulanya mereka menganggap ia sebagai wanita tetapi bila terdapat tanda2 (lipatan pada perut) kelakian, maka Nabi S.A.W menyuruh para isterinya berhijab pada mukhannath itu.
Wallahua'lam.
http://www.zayed.com