SJ - 3094: Solat sunat terawih...(kerja Syif)

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3094: Solat sunat terawih...(kerja Syif)

:salam

saya mempunyai persoalan...untuk pengetahuan ustaz saya bekerja shift pukul 7-3, 3-9 dan 9-8...yang menjadi masalahnya apabila tiba bulan ramadhan terlepaslah peluang saya untuk bersolat terawih jika saya bekerja petang dan malam..persoalannya boleh tak saya melakukan juga solat sunat terawih dgn mengambil sedikit masa bekerja saya? Kerana kekadang saya keliru antara tanggungjawap pada kerja atau untuk merebut pahala ALLAH...? harap ustaz boleh membantu....
:wassalam

Zullbrutal (not verified)
Re: persoalan sunat terawih...

:salam
Sekadar apa yang saya faham. Mencari rezeki itu hukumnya wajib. Semasa mula masuk kerja jugak kita sudah menandatangani surat perjanjian dengan majikan. Jika kita mengambil masa kerja untuk perkara lain, itu sudah melanggar perjanjian. Dan lebih buruk jika tindakan disiplin diambil.
Solat terawih adalah sunat muakkad (betulkan saya kija tersilap). Juga tidak disyariatkan yang ianya mesti 8 rakaat atau 20 rakaat.
Kerjakanlah yang lebih utama, dan jika ada peluang kita buat yang sunat.
"Dan carilah dari apa yang apa yang dikurniakanlah untuk akhirat, dan jangan lupa nasib kamu di dunia.." maksud potongan ayat al-Quran.

Wallahua'lam
:wassalam
:sprite

Re: SJ - 3094: Solat sunat terawih...(kerja Syif)

:wassalam
Jawab:
Firman Allah SWT: ( Dan tidak mungkin Tuhanmu lupa) AQ 19: 64
(Allah mengkehendakki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kesukaran) AQ 2: 185
Maksud dari ayat pertama di atas, ialah sistem kerja syif masih dalam ilmu Allah SWT, yakni Allah telah menjadikan Islam sesuai di zaman mana sekalipun.
Maksud ayat kedua ialah Lakukan apa yg terdaya dan paling ringan sesuai dgn kemampuan kamu.

Bulan Ramadhan walaupun sinonim dgn solat Tarawih, tapi itu bukanlah satu-satunya amalan di bulan Ramadhan, banyak lagi spt tadarrus, bersedeqah (aljudd), ittikaf di sepuluh ahir Ramadhan, zakat fitrah, dsbnya.

Adapun solat Qiyam itu memadai dgn minima satu raka'at Witr. Maka jika ada waktu break semasa kerja syif, maka boleh lakukan solat qiyam di surau premis kerja.

Bila time tidak bekerja, hendaklah solat berjama'ah dan bertadarrus. WA