Di sini saya ingin meminta pihak saudara memberikan jawapan tentang kemuskilan dalam kes saya ini. soalannya bergini :
Q1 - Ada setitik darah yang berwarna lembut(pink lembut) keluar bersama lendir dan apabila di tunggu darah tersebut tidak keluar lagi. Contohnya: Ia keluar pada waktu malam, dan ditunggu sehingga waktu siang dan masih menunggu sehingga waktu Zohor, darah atau lendir tidak keluar. Perlukah saya melakukan solat seperti biasa atau mandi wajib. Bagaimanakah?
Q2 - Dalam kes tersebut , perlukah saya berpuasa ??
:( :confused:
:salam
Saya sampaikan yang harus membantu dalam soalan . Jika ianya menepati untuk anda harapkan, semuga Allah SWT lebih mengasihi anda.
Hadis dari Aisyah RA katanya:
Ummu Habibah binti Jahsyin telah meminta fatwa dari Rasulullah SAW kemudian berkata: Aku ini perempuan yang berdarah istihadhah iaitu darah penyakit.
Maka Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda: Sesungguhnya itu adalah darah penyakit, maka hendaklah kamu mandi kemudian solah malah kamu hendaklah mandi pada setiap waktu solah. (Muslim)
NOTA:
Darah 'kotoran' kebiasaannya mempunyai masa tertentu datang dan keringnya, jika melebihi waktu yang kebiasaannya, itulah yang dikatakan penyakit.
Sekiranya 'kotoran' berkenaan memang tidak keluar lagi atau telah habis tempuh keluar, KITA KENALAH MENGANGGAP IANYA TELAH BERSIH (menafikan dan anggap tiada lagi). Lakukanlah mengikut keyakinan dan menafikan ragu-ragu, ragu-ragu itu adalah jalan menghalang-halangi mukmin untuk menjalankan ketaatan kepadaNYA secara isitiqamah dan ikhlas, ia merupakaan gangguan dari bisikan syaitan.
Sebaliknya, jika memang benar setelah melakukan ibadah lalu mendapati 'kotoran' itu keluar semula (yang diangap penyakit), maka sucikanlah-bersihkanlah kotoran sebaiknya, sedangkan ibadah yang dibuat tidak mengurangi ganjaran bahkan baik dan benar.InsyaAllah.
Allahu a'lam.
:salam
Allahu a'lam.
:salam
Jawab:
Jawapan JS itu tidak releven dan tidak mewakili Manhaj Fiqh alAhkam Online. Inilah jawapan resmi Ahkam.
Q1: Titisan darah berwarna PINK bersama lendir itu adalah dari jenis Leukorrhea (vaginal discharge) yg dikenali dgn nama 'hypoestrinism' (Krupp & Milton, Current Medical Diagnosis & Treatment, pg 433). Jika ia keluar di luar waktu Period/Haidh, maka tidak perlu mandi janabah. Anda hendaklah membersihkan kemaluan dan berwudhu' dan wajib ibadah spt biasa.
Q2: Puasa juga wajib kerana hanya haidh dan nifas saja yg thabit dalam hukum fiqh perempuan mengenai darah-darah yg sudah dimaklumi: haidh, nifas dan istihadzah. Darah atau cecair leukorrhea termasuk istihadzah. WA