SU-00294: patutkan dia baca sampai habis Al-Fatihah, baru di

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00294: patutkan dia baca sampai habis Al-Fatihah, baru di

Kalau makmum masuk solat masa Imam baca Surah selepas Al-Fatihah, pastu Imam rukuk..si Makmum ni dikatakan Masbuk kan?...So, dia turut rukuk bersama Imam walaupun si Makmum ni baca Al-Fatihah tak habis kan?

Soalan saya...kalau la Makmum tu masuk sama ngan Imam, dari takbir pertama lagi...
Then, rakaat ketiga, masa AlFatihah, Imam baca cepat sangat kot, then dia terus rukuk..

Si Makmum still tak habis lagi baca Al-Fatihah...so, patutkan dia baca sampai habis Al-Fatihah, baru dia Rukuk, or, terus ikut Imam?

Sekian..Terima kasih..

Re: SU-00294: patutkan dia baca sampai habis Al-Fatihah, bar

:salam

Soalan ulangan. soalan begini sudah byk kali ditanya dan dijawab oleh panel feqh. Sila browse dalam arkib dgn kata kunci seperti 'Muwafiq', 'Muafiq', 'Masbuk', 'masbuq' dlln.

Saya kana jawab secara ringkas. Sekiranya sdr masuk sekali dgn imam, maka anda berstatus muwafiq. Muwafiq ialah makmum yg sempat membaca al-Fatihah (ada waktu yg cukup membaca fatihah) dan berlaku utk semua raka'at. Dalam keadaan ini, sdr wajib menghabiskan al-fatihah. Jika imam membaca laju sedangkan sdr belum habis baca, lajukan pembacaan sdr sblm ketinggalan 2 rukun. Jika tidak, rakat itu tidak dikira. Lanjutkan bacaan sdr ke URL ini jgua:
000013-SJ-SOLAT: Muafiq & Masbuq

SJ - 3204 : rukuk bersama imam

:wassalam