SU-333: konsep aurat yang sebenar munurut syarak dan mazhab

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-333: konsep aurat yang sebenar munurut syarak dan mazhab

Assalamualaikum. . . .

apakah hukumnya memakai sarung kaki bagi wanita.saya telah bertnya daripada ramai ustz dan ustazah yg mana mereka memberi pandangan yg berbeza.ada dikalangan mereka yg mnyatakan wajib memakainya dan ada yg berkata ianya harus sahaja namun realitinya hanya segelintir yg memakai stokin.ada juga dikalangan ustzh yg tidak memakai stokin.
oleh itu saya musykil manakah pendapat yg paling qatie krn mungkin masing2 ada hujah2 yg dipegangi.apakah pendapat para ulama mazhab
.
apakah konsep pemakain tudung yg sebenar mengikut definasi syarak dan dari sudut bahasa? :?: apakah kena pakai tudung labuh baru cukup syarat??adakah tudung itu cukup mnutupi dada sahaja? :? :?
sekian

SU-333: konsep aurat yang sebenar munurut syarak dan mazhab

:salam

Sila baca jawapan THTL di bawah:

http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=14567&highlight=kaki

Masalah kaki bagi perempuan.

Tidak ada nas yg direct atau langsung dalam masalah ini melainkan sepotong ayat umum dari Surah anNuur: 31
"...dan janganlah mereka (perempuan Islam) menzahirkan perhiasannya kecuali yg biasa nampak dari padanya..."

Secebis ayat umum ini telah melahirkan pelbagai pendapat fiqih mengenai apakah yg boleh dizahirkan oleh perempuan kepada umum bila mereka keluar dari rumah-rumah mereka. Kami simpulkan:
a. Fiqh Hanafi menetapkan dua kaki wanita bukanlah aurat kerana ia termasuk apa yg biasa nampak darinya kerana keperluan wanita melakukan pekerjaan hariannya. (alKasani, alBada'iy alSana'iy: Kitab alIstihsan, Jld 5)
b. Fiqh Syafi'iyah, ada dua pendapat:
Imam Muhyidin anNawawi (Syarah alMuhadzab,:3/173) kaki wanita adalah aurat. Imam alMuzani pula berpendapat kaki bukan aurat.
c. Imam atsTsauri juga berpendapat kaki bukan aurat (Syarah alMuhadzab, op cit, ms 173)
d. Fiqh Maliki menetapkan kaki adalah aurat ( alMudawwanah: 1/109; Syarah alKabeer: 1/215)
e. Fiqh alHanbaliah juga menetapkan kaki adalah aurat (alMughny: 1/601)

Bila ada banyak pendapat, maka kita beralih pada Fiqh Tahqeeq (Fiqh Analitis):
a. Imam asySyawkani (Nailool Awthor: 2/144) dan Tafsirnya, Fathul Qadeer: Tafsir surah anNuur) memilih pendapat bahawa kaki bukanlah aurat kerana memberi kemudahan kepada wanita.

b. Allamah Siddiq Hasan Khan (Nailool Maram: Tafsir surat anNuur ayat 31) memilih pendapat kaki bukan aurat.

c. Syaikhul Islam dan Imam Salafiya Taqiyuddin Ahmed Ibn Taymiyah alharani (Majmu' Fatawa, cetakan Riyadh, Jld 22/114-115) juga memilih pendapat kaki bukanlah aurat kerana ia merupakan kesulitan bagi wanita baik dalam solat dan di luar solat berdasarkan Hadis Aisyah ra yg mentafsirkan "apa yg biasa nampak" dalam surah anNuur ialah termasuk Fatkhah (cincin yg dipakaikan oleh wanita Arab pada jari kaki)

Rumusan dan pilihan al_Ahkam (thtl):
Kaum wanita Islam diberi pilihan samada untuk memakai stokin atau melabuhkan pakaian dan jika ternampak tumitnya atau kakinya adalah suatu yg dima'afkan syara' berdasarkan Fiqh Hanafi, sebahagian Syafi'iy dan sebahagian ahli tahqeeq yg kami kemukakan di atas. WA