SJ-04-0008 : Perlukah Saya Mandi Wajib?Tolong sesangat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0008 : Perlukah Saya Mandi Wajib?Tolong sesangat

Assalamualaikum.
hmm sebenanya dah lama dah saya nak tanya masaalh ni.di harap sdara sdari kat sini yg lebih arif dapat membantu saya..insyaAllah.

saya lelaki...saya ada masaalah bila saya bercakap dengan perempuan..badan saya akan mengeluarkan sejenis cecair melaui kemaluan saya....masalahnya..adakah itu di kira keluar mani..dan perlukah saya mandi wajib.?tolonglah...perkara ni membabitkan ibadah saya sepanjang hidup...

insyaAllah...ada sesapa dpt selesaikán masalah ni.

Re: SJ-04-0008 : Perlukah Saya Mandi Wajib?Tolong sesangat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr perlukanbantuan dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Cecair yang keluar pada masa sdr bercakap-cakap dengan wanita adalah Mazi (ÇáãÐí) dan bukan Mani (ãäí). Ulama' mengatakan bahawa air Mani adalah putih dan tebal, ia keluar secara memancut, dengan perasaan nikmat dan menjadi sedikit lemah selepas keluarnya. Berkata Imam Al-Nawawi didalam Sharah Muslim :-

ÞÇá ÇáÚáãÇÁ : ãäí ÇáÑÌá Ýí ÍÇá ÇáÕÍÉ ÃÈíÖ ËÎíä íÊÏÝÞ Ýí ÎÑæÌå ÏÝÞÉ ÈÚÏ ÏÝÞÉ æíÎÑÌ ÈÔåæÉ æíÊáÐÐ ÈÎÑæÌå æÅÐÇ ÎÑÌ ÇÓÊÚÞÈ ÎÑæÌå ÝÊæÑ æÑÇÆÍÉ ßÑÇÆÍÉ ØóáúÚ ÇáäÎá æÑÇÆÍÉ ÇáØáÚ ÞÑíÈÉ ãä ÑÇÆÍÉ ÇáÚÌíä ¡
"Ulama' berkata: "Dalam keadaan lelaki sihat maninya berwarna putih pekat, memancut sedikit demi sedikit semasa keluar. Biasa keluar bila diikuti dengan persaan syahwat dan berasa nikmat semasa keluarnya. Setelah keluar ia akan merasakan lemah dan baunya seperti bau mayang kurma, iaitu seperti bau adunan tepung."

ÃãÇ ÇáãÐí : Ýåæ ãÇÁ ÃÈíÖ áÒÌ íÎÑÌ ÚäÏ ÇáÊÝßíÑ Ýí ÇáÌãÇÚ Ãæ ÅÑÇÏÊå æáÇ íÌÏ áÎÑæÌå ãäå ÔåæÉ æáÇ ÏÝÚÇ æáÇ íÚÞÈå
"bagi mazi pula, ia hanyalah cecair berwarna putih, keluar disebabkan membayangkan (khayal) hubungan jima' atau terlintas keinginan hubungan jima'. Pada umumnya ia keluar tanpa dorongan syahwat, tidak memancut keluar dan tidak merasa lemah badan setelah keluarnya. " - [Imam al-Nawawi, Sharh Muslim, 3/213].

Mazi adalah najis, perlu dibasuh kemaluan (dan pakaian yang terkena Mazi) dan tidak perlu mandi. WA.

wassalam

خيرالأمين