SJ-1872: Mengharamkan yg halal

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1872: Mengharamkan yg halal

Assalamualaikum w.b.t.,

Saya & rakan-rakan selalu menerima risalah-risalah yg mengatakan mengenai produk-produk yg mengandungi bahan-bahan yg haram seperti yg saya lampirkan di bawah. Setahu saya, mengharamkan perkara yg halal juga dilarang oleh Islam, sama seperti larangan menghalalkan perkara haram. Soalannya, setakat manakah kesahihan dakwaan yg dibuat dalam risalah-risalah seperti ini dan bagaimana kita hendak mengetahui dengan yakin sekiranya betul produk-produk ini mengandungi bahan2 yg haram. Adakah kita boleh menyebarkan risalah-risalah ini kepada orang lain tanpa merujuk dan mendapatkan kepastian dari pihak2 yg berkenaan terlebih dahulu. Harap pihak tuan dapat jelaskan.

Wassalam.

Contoh risalah yg saya dapat melalui internet:

PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

Risalah ini diedarkan oleh Dr.Rashid MOS Universiti Malaya KL,

Persatuan Pengguna Malaysia , Majlis Agama Islam Malaysia,Jabatan Kastam Malaysia
Kajian telah dibuat oleh Mahasiswa UTM,UUM,USM,UM,UKM & CAP

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI :-

1. Minyak Masak LAM SOON (Cap Helang Dan Buruh )

2. Sabun Lux & Lotion badan buatan Malaysia USA & Thailand

3. Ubat Pearl Cream Arche (Thailand)

4. Sabun FEB berbuku

5. Ajinomoto (Thailand)

6. Lobak jeruk

7. Ais krim harga RM 1.00 ke atas

8. Mee & kueteow basah (buatan orang Cina)

9. Semua tauhu buatan orang Cina

10. Krim muka Hazaline Snow

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI KULIT BABI,URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL:-

1. Semua jenis mee segera terutama Maggi

Re: SJ-1872: Mengharamkan yg halal


Jawab:
Tidak boleh ada banyak pihak berkuasa dalam sesebuah negara. Umat Islam sudah biasa dengan label Halal yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa perseketuan dan majlis agama negeri2. Mana-mana orang persaorangan atau NGO yg menemui bukti kukuh mengenai pencabulan persijilan haram itu tidak boleh menyibarkan kepada masyarakat dalam bentuk maklumat tidak resmi kerana akan menimbulkan kegelisahan dan kekacauan. Maka kita hendaklah menggunakan metode alQur'an (alHujurat: ayat 6) dalam mensahihkan punca maklumat. Pokoknya apakah Dr Rashid Mos, Universiti Malaya ini benar2 ujud?