assalamualaikum wrt. wbt,
di sini saya ingin mengemukakan 2 soalan;
1)apakah hukum solat hajat selepas asar? adakah sah solat tersebut?
2)boleh tak jelaskan apakah yg dimaksudkan dengan waktu istawa'
harap dpt jawapan dari panel al-ahkam.
jazakumullahu khairan kathira. :wassalam ::D
:wassalam
alJawab:
1. Solat sunat Hajat adalah solat sunat yang tiada kaitan dengan sebab-sebab tertentu, maka ia ditegah melakukan dalam waktu haram.
HR Bukhari-Muslim dari Abu Sa'iid alKhudri ra:
" tidak ada solat setelah solat Asr hingga terbenam matahari.." [Muslim, kitab solat musaffirin no 827]
Adapun solat yang ada kaitan dengan sebab tertentu seperti kebetulan dengan gerhana matahari, maka dibolehkan solat gerhana dalma waktu terlarang. [Majmuu' Fatawa lil Syaikhul Islam: 23/210]
2. Istawa adalah istilah tawhid bermaksud bersemayam (sifat2 Allah).
AQT Thaahaa: 5 (arRahman bersemayam di atas Arasy)
Jika yang dimaksudkan adalah Wustha ia bermaksud pertengahan.
dalil: AQ 2: 238 (Peliharalah semua solat dan peliharalah solat wustha)
solat wustha itu adalah solat Asar.
sekian