:salam
Macam mana kedudukan imam dan makmum yang betul bila solat hanya dengan seorang makmum? Bagaimana pula cara nak lantik orang yang tengah solat supaya jadi imam kita?
Terima kasih atas jawapan ustaz selama ini.
:wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-05-0113 : Kedudukan imam & makmum ketika makmum berse
Primary tabs
Thu, 23/02/2006 - 11:00pm
#1
SJ-05-0113 : Kedudukan imam & makmum ketika makmum berse
:wassalam
alJawab:
1. Posisi makmum bersama imam : bila makmum hanya satu.
Makmum berdiri sebelah kanan imam sejajar (satu garisan dgn imam). Bukan sebagaimana amalan orang Melayu di mana makmum mudur sedikit dari imam. ini tiada asalnya.
Dalil: Dari Ibn Abbas bahawa dia pernah solat bersama RasuluLlah saw (solat sunat berjama'ah) di sebelah kiri baginda, lalu Nabi menarik Ibn Abbas ke sebelah kanan baginda." (Bukhari-Muslim).
ketika mensyarah hadith ini Mufti Samahah Ibn Baz berkata, Ibn Abbas berdiri sejajar dgn baginda.
2. Perlantikan Imam ditengah-tengah solat ialah Imam yg batal menunjuk pengganti dengan menarik seseorang ke depan (selalunya Imam muda atau Imam #2)
Dalil: Ketika Umar alKhattab ditikam semasa mengImami solat, Umar bertakbir dan menarik Abdul Rahman bin Awf ra kedepan menggantikannya. (alBukhari bab Fadhail sahabah)
sekian