Tuan,
ana dah lama nak nyatakan soalan ini tapi lupe.menurut Dr musa fathullah harun di dalam ruangan agama siasah[ana dah lupa bil no. berapa akhbar siasah] bahawa sakit semasa sakit sakratulmaut itu di dasari oleh hadis2 yg daif[rasanya amat daif].So, kesimpulan yg dibuat oleh beliau bahawa tiadalah sakit semasa sakratulmaut.
Jadi bagaimana ade hadis yg mengatakan bahawa sakit semasa sakratulmaut itu umpama sakit di cincang 300 kali oleh pedang.
DAn ada hadis yg meriwayatkan nabi pun terasa sakit yg amat
walaupun ditarik ruh nya oleh malaikatmaut dgn lembut.
adakah kedua2 hadis diatas palsu.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr ISLAMUNTUKSEMUA dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Memang banyak hadith-hadith yang bertaraf dha'ef berkenaan dengan sakit pada masa sakaratul maut. Diantaranya adalah :
Walaubagaimanapun hakikat sakaratul maut adalah benar, sebagaimana firman Allah swt :-
Menurut tafsir al- Alusi (Ruhul Ma'ani) dan tafsir Qurthubi bahawa ayat diatas ini membawa makna bahawa setiap orang yang hidup akan menghadapi sedikit kesakitan dan azab.
Sabda Nabi :saw :
Bagi mereka yang tidak beriman, apabila malaikat maut mencabut nyawa mereka, maka terasa kesakitannya. Firman Allah swt :-
Berkata Imam al-Qurthubi didalam menterjemah ayat "Keluarkanlah nyawa kamu " berkata :
Ruh orang-orang Mukmin akan kurang sakitnya apabila mendengar khabar gembira yang di bawa oleh malaikat. Firman Allah swt :-
Pada masa kematian, orang mukmin takut akan dunia lain yang menanti, dan sangat sedih meninggalkan orang-orang yang masih memerlukan mereka, akan tetapi malaikat memberitahu mereka agar jangan takut akan masa depan dan tidak bersedih meninggalkan mereka yang disayangi.
Begitulah keadaan manusia apabila tibanya sakaratul maut. Tiada siapa yang boleh lari darinya. Keimanan akan mengurangkan kesakitan pada masa kedatangan maut. Bagi mereka yang kufur, malaikat maut akan menyentap keluar rohnya, disebab keenggan ruh itu untuk keluar. Walaupun terdapat banyak hadith yang tidak bertaraf sahih berkenaan dengan sakaratul maut, ketahuilah bahawa perkara ini benar. Menurut al-Qurthubi rh. bahawa Allah swt menentukan samada dia ingin menurangkan azab ataupun tidak kepada sesiapa yang dia pilih. WA.
wassalam.
خيرالأمين