SJ-07-0035 : BENARKAH SAKIT SEMASA SAKRATULMAUT ITU TIADA???

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0035 : BENARKAH SAKIT SEMASA SAKRATULMAUT ITU TIADA???

Tuan,

ana dah lama nak nyatakan soalan ini tapi lupe.menurut Dr musa fathullah harun di dalam ruangan agama siasah[ana dah lupa bil no. berapa akhbar siasah] bahawa sakit semasa sakit sakratulmaut itu di dasari oleh hadis2 yg daif[rasanya amat daif].So, kesimpulan yg dibuat oleh beliau bahawa tiadalah sakit semasa sakratulmaut.

Jadi bagaimana ade hadis yg mengatakan bahawa sakit semasa sakratulmaut itu umpama sakit di cincang 300 kali oleh pedang.
DAn ada hadis yg meriwayatkan nabi pun terasa sakit yg amat
walaupun ditarik ruh nya oleh malaikatmaut dgn lembut.

adakah kedua2 hadis diatas palsu.

SJ-07-0035 : BENARKAH SAKIT SEMASA SAKRATULMAUT ITU TIADA???

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr ISLAMUNTUKSEMUA dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Memang banyak hadith-hadith yang bertaraf dha'ef berkenaan dengan sakit pada masa sakaratul maut. Diantaranya adalah :

áãÚÇáÌÉ ãáß ÇáãæÊ ÃÔÏ ãä ÃáÝ ÖÑÈÉ ÈÇáÓíÝ . ( ÖÚíÝ ÌÏÇ ) _ 1604
align="left" dir="ltr">"Malaikat maut melayan lebih dasyat dari 1,000 pukulan pedang" [Hadith #1604, di kelaskan oleh syiekh Nasyirudin al-Albani sebagai Sangat Lemah, al-Silsilah al-Dhaefah jld 4].

Walaubagaimanapun hakikat sakaratul maut adalah benar, sebagaimana firman Allah swt :-

æóÌóÇÁóÊú ÓóßúÑóÉõ ÇáúãóæúÊö ÈöÇáúÍóÞøö Ðóáößó ãóÇ ßõäúÊó ãöäúåõ ÊóÍöíÏ
align="left" dir="ltr">"Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmuat" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya! " [Surah Qaf : 19]

Menurut tafsir al- Alusi (Ruhul Ma'ani) dan tafsir Qurthubi bahawa ayat diatas ini membawa makna bahawa setiap orang yang hidup akan menghadapi sedikit kesakitan dan azab.

Sabda Nabi :saw :

áóÇ Åöáóå ÅöáøóÇ Çááøóå Åöäøó áöáúãóæúÊö ÓóßóÑóÇÊ
align="left" dir="ltr">"Tiada Tuhan melainkan Allah, sesungguhnya terdapat sakarat didalam kematian" [dipetik dari Tafsir al-Qurthubi, 17/10].

Bagi mereka yang tidak beriman, apabila malaikat maut mencabut nyawa mereka, maka terasa kesakitannya. Firman Allah swt :-

æóáóæú ÊóÑóì ÅöÐö ÇáÙøóÇáöãõæäó Ýöí ÛóãóÑóÇÊö ÇáúãóæúÊö æóÇáúãóáóÇÆößóÉõ ÈóÇÓöØõæ ÃóíúÏöíåöãú ÃóÎúÑöÌõæÇ ÃóäúÝõÓóßõãõ
align="left" dir="ltr">" Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan sakratulmaut (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri);" [surah al-An'am : 93].

Berkata Imam al-Qurthubi didalam menterjemah ayat "Keluarkanlah nyawa kamu " berkata :

ÑõæÍ ÇáúãõÄúãöä ÊóäúÔóØ áöáúÎõÑõæÌö áöáöÞóÇÁö ÑóÈøå , æóÑõæÍ ÇáúßóÇÝöÑ ÊõäúÊóÒóÚ ÇöäúÊöÒóÇÚðÇ ÔóÏöíÏðÇ
align="left" dir="ltr">"sesungguhnya ruh orang Mukmin bersungguh-sungguh (aktif) hendak keluar berjumpa tuhannya. Ruh orang Kafir terseksa sangat apabila nyawa dicabut..." [Tafsir al-Qurthubi 7/29].

Ruh orang-orang Mukmin akan kurang sakitnya apabila mendengar khabar gembira yang di bawa oleh malaikat. Firman Allah swt :-

Åöäøó ÇáøóÐöíäó ÞóÇáõæÇ ÑóÈøõäóÇ Çááøóåõ Ëõãøó ÇÓúÊóÞóÇãõæÇ ÊóÊóäóÒøóáõ Úóáóíúåöãõ ÇáúãóáóÇÆößóÉõ ÃóáøóÇ ÊóÎóÇÝõæÇ æóáóÇ ÊóÍúÒóäõæÇ æóÃóÈúÔöÑõæÇ ÈöÇáúÌóäøóÉö ÇáøóÊöí ßõäúÊõãú ÊõæÚóÏõæäó
align="left" dir="ltr">"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. "(surah Fushilat :30)

Pada masa kematian, orang mukmin takut akan dunia lain yang menanti, dan sangat sedih meninggalkan orang-orang yang masih memerlukan mereka, akan tetapi malaikat memberitahu mereka agar jangan takut akan masa depan dan tidak bersedih meninggalkan mereka yang disayangi.

Begitulah keadaan manusia apabila tibanya sakaratul maut. Tiada siapa yang boleh lari darinya. Keimanan akan mengurangkan kesakitan pada masa kedatangan maut. Bagi mereka yang kufur, malaikat maut akan menyentap keluar rohnya, disebab keenggan ruh itu untuk keluar. Walaupun terdapat banyak hadith yang tidak bertaraf sahih berkenaan dengan sakaratul maut, ketahuilah bahawa perkara ini benar. Menurut al-Qurthubi rh. bahawa Allah swt menentukan samada dia ingin menurangkan azab ataupun tidak kepada sesiapa yang dia pilih. WA.

wassalam.

خيرالأمين