:salam
Ada satu soalan diterima dari seorang pengirim email. Saya rasa soalan ini memang selalu dikemukakan oleh para golfer di luar sana. jadi eloklah sekiranya pihak bijak pandai dari Ahkam memberikan pandangan.
1) Biasanya bermain golf akan dibuat dalam group 4 orang satu flight. Bagaimana kah dengan hukum jika mereka bertaruh bahawa pemain yang kalah (syarat ditentukan dan dipersetujui bersama secara collective) akan kena membayar sejumlah wang yang dipersetujui.
2) Adakah wang kemenangan itu halal atau haram hukumnya? Adakah ini kategori judi ?
3) Adakah dengan masuk ke tournament golf, tenis, dan sebagainya di mana bayaran dikenakan kepada peserta lalu peserta yang menang akan dapat hadiah berdasarkan kelebihan bakatnya, penyertaanya adalah HARAM?
4) Sekiranya persetujuan di buat supaya golfer yang kalah diminta utk membayar green fee dan buggy untuk semua kawan2 di dalam satu permainan, adakah ianya satu bentuk judi?
Syukran!
:wassalam
alJawab:
Hukum bermain Golf. Syaikh Madun Rashid dari Saudi dan murid syaikh al-Albani dalam kitabnya Qadhayaa alLahwi wa Tarfih (permasalahan hiburan dan masa lapang), cetakan saudi 1999 berkata sukan golf pernah diharamkan di Scotland pada tahun 1457M. Alasannya ia menyebabkan rakyat malas berlatih kuda dan memanah dan secara umumnya tidak memberi manfa'at kepada negara. Kata Syaikh madun, kita umat Islam sepatutnya mengambil iktibar dari kes Scotland itu dan menjauhi sukan ini.
1. Hukum bertaruh dalam permainan ini adalah khilaf fiqhi. al-Qardhawi dalam halal dan haramnya memilih pendapat yang mengharamkan kerana ia merupakan pertaruhan. Manakala Syaikhul Islam Ibn Taymiyah berpendapat pertaruhan secara sukarela di antara empat sekawan itu adalah harus (Ibn Qayyim, alFurusiyat/31)
2. Haram menurut pendapat jumhur termasuk madzhab Syafi'iy (Ibn Abdil Barr, alTamhid 14/89), disokong oleh al-Qardhawi (halal&Haram) dan Halal menurut tarjih Ibn Taymiyah-Ibn qayyim (Furusiyat/31)
3. Masuk pertandingan golf yg mengenakan bayarang penyertaan dan kutipan wang penyertaan peserta akan diberikan kepada pemenang, maka ia diklaskan sebagai judi menurut jumhur, manakala dibolehkan oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah
4. Peserta yang kalah kena belanja juga sama hukumnya, di mana ia menyamai judi menurut jumhur (majoriti fuqaha') dan dibolehkan oleh Syaikhul Islam Ibn taymiyah.
Rumusan: Jalan penyelesaian ialah menjauhi sukan Golf bagi orang mukmin maka terlepaslah dari syubhah hukum pertaruhan di dalamnya.