Assalamualaikum.
Adakah daging qurban yang kita buat untuk si mati cthnya bapa yg telah meninggal, kena disedekahkan kesemuanya atau boleh diambil sebahagiannya. TQ
*sorry kalau soalan berulang, minta tolong bagi link.
Sumber Rujukan Islam Anda..
Assalamualaikum.
Adakah daging qurban yang kita buat untuk si mati cthnya bapa yg telah meninggal, kena disedekahkan kesemuanya atau boleh diambil sebahagiannya. TQ
*sorry kalau soalan berulang, minta tolong bagi link.
wa'alaikumussalam,
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan islah98 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Mengenai kebenaran makan atau sedekah binatang korban, ulama' berpendapat bahawa tidak ada bezanya samada korban sunat atau wajib, samada dilakukan kepada orang hidup atau bagi pihak si-mati, kerana orang yang mewakilinya akan mengambil peranan dirinya, dia juga akan makan korban tersebut dan dia juga akan juga sedekahkan korban tersebut.
Cara pembahagiannya adalah sebagaimana hadith riwayat Salamah ibn al-Akwa' ra., berkata bahawa Nabi saw bersabda :-
Ulama khilaf berkenaan dengan berada jumlah yang sepatutnya di makan dan berapa jumlah yang di sedekahka. Pada dasarnya, 1/3 simpan, 1/3 masak dan 1/3 sedekah.
Sekian, wassalam
خيرالأمين