Assalamualaikum,
1. Saya akan bertolak ke US dalam bulan Ramadhan bagaimanakah saya akan berpuasa dan bersolat dalam Kapal Terbang dalam perbedzaan masa.
2. Jika solat jamak dan qasar lebih drpd 3 hari 3 malam adakah dalil yang dibolehkan.
3. Di masa siang sedang bekerja dengan keadaan di US yang sentimen terhadap muslim yang tidak menentu, bolehkah saya solat secara duduk dalam bas atau di taman supaya tidak disyaki dan jika boleh perlukah saya solat sekali lagi apabila selamat untuk menggantikkannya.
4. Saya akan kembali dari US pada malam raya Malaysia dan saya tidak pasti samada adakah pada hari tersebut telah beraya di US, jika ya perlukah saya terus beraya disana dan jika kembali didapati disini belum raya, perlukah saya berpuasa lagi. JKK.
Jawab:
1. Solat dan Puasa ketika kepergian
Solat: ia bergantung kepada arah penerbangan anda : melalui KL-Hong Kong-Japan- USA melalui point of entry LA atau Hawaii
ATAU melalui Europe: KL-Heathrow (London) - New York
yang penting anda kena tahu bahawa anda kena solat 5 kali sehari semalam dan boleh jama' dan qasr serta boleh menyapu khuf/sepatu (bila berwudhu') . Perancangan solat hendaklah berpandukan flight schedule (jadual penerbangan, local time, stop-over (tempat singgah). Flight yg paling lama selalunya flight menyeberangi Atlantik atau pasifik. kami memerlukan flight schedule anda untuk membantu perancangan solat anda.
Siyyam/Puasa: Puasa bagi orang musafir sunnah berbuka. Ini kerana makhluk yg paling taqwa, Nabi saw sendiri pun berbuka ketika musafir, maka contohilah baginda (kecuali anda merasa kuat dan sukar menggantinya kembali) Fiqh Sunnah
2. Pendapat yg rajih (terbaik) ialah ketentuan menjama'/qasr solat itu tidak ditentukan oleh bilangan hari tapi masyaqqah (kesulitan) dan apakah ia hendak bermukim disesuatu tempat itu (Ibn Taymiyah, Majmu Fatawa; Ibn Qayyim, Zaad alMa'ad, Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Nasiruddin Albani, Fatawa Madinah , Bab solat No 7) dalil yg membolehkan tanpa mengira bilangan hari ialah dalil alQur'an yg umum maksudnya: "dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu mengqasyar solatmu" AQ 4: 101
3. Memang benar, suasana di USA sekarang amatlah gawat untuk umat Islam. Bermula dari point of entry (pusat imigresen di Airport) anda kemungkinan akan dikenakan body search, termasuk menanggalkan pakaian dan disoalsiasat dalam tempoh yg lama kerana Malaysia sudah disenaraikan sbg negara pengganas. Amat malang sekali anda ke USA dalam keadaan sekarang di mana orang kenamaan Malaysia sendiri yg diberi layanan buruk.
Mengenai solat, elakkan solat di tempat awam, semasa saya berada di USA beberapa tahun dulu, pernah kami solat di rest area (lebuhraya), Polis datang mengepung kami kerana mendapat aduan awam mengenai keganjilan orang bersolat di tempat awam. Tambahan dalam keadaan sekarang, kemungkinan anda akan dicekup FBI jika menimbulkan syak termasuk bersembang pasal keganasan ditempat awam, mereka mungkin menghubungi FBI jika terdengar. maka cuba solat di apartment anda atau di pusat Islam berhampiran.
4. Sepatutnya umat Islam berpuasa dan berhariraya serentak sebagaimana mereka mengikuti Arab Saudi dalam urusan hari raya haji. Ketidakseragaman permulaan puasa dan raya ini masih membingungkan umat Islam dan setakat ini belum ada qarar (keputusan bersama negara2 Islam) mengenai tarikh permulaan puasa dan raya. Jika anda bermula puasa di USA dan kembali semula ke tanah air, maka anda terikat pula dengan tempat anda bermastautin (malaysia), maknanya jika anda tiba di Malaysia dan orang Malaysia masih puasa, sudah tentu anda hendaklah berpuasa hinggalah Sultan mengumumkan tarikh 1 syawal. (Ustaz Basri Ibrahim, Fiqh Isu Semasa, Kusza) WaLlahu a'alam