SJ-13-0224 : Salam... (berjabat tangan)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0224 : Salam... (berjabat tangan)

:salam

ana nak tanya mengenai sunnah bersalam sambilberselawat ke atas nabi..adakah ia betul2 sunnah Rasulullah??kawan ana ada mempertikaikan hal ini...
kalau boleh..kalau betul2 ia adalah sunnah..tolong nyatakan dalilnya..terima kasih...

SJ-13-0224 : Salam... (berjabat tangan)

:wassalam
alJawab:

Ia berasal dari sebuah hadith yg disiarkan oleh alHafidz al-Nawawi dalam al-Azkar, kitab salam, hadith # 281 dari Anas. hadith itu menganjurkan agar sambil bersalaman hendaklah membaca selawat. Hadith ini dikeluarkan oleh Ibn Sunni dalam 'Amal al-Yawm wa Lailah (194). Hadith ini dinilai mungkar oleh Ibn Hibban, al-Albani (silsilah alDha'ifah (652) dan Dha'if oleh adDaruqutni.

Budaya ini dipopularkan oleh P. Ramlee dalam filem-filemnya, terutama filem Labu Labi dan akhirnya diamalkan oleh orang Melayu yg amat ketara ialah selepas solat Isya' di mana semasa mereka berbaris bersalaman dan akan berselawat dengan jahar (kuat). Ini ialah kerana menyangka semua hadith dalam al-Azkar adalah sahih. WA