SJ-06-0043 : Solat Jamak

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0043 : Solat Jamak

Salam akhi thtl...

Ana ada satu soalan lagi, leh tak ana jamak dalam situasi di bawah....

" Ana ada kelas kul 1-2 ptg..Kul 2-5 ptg ada makmal eksperimen..Sedangkan masa tersebut adalah waktu zuhur dan asar..leh tak ana jamak ta'khirkan zuhur dalam asar"

" Waktu ana naik bas atau flight jam kul 8.30 malm..leh tak ana jamak takdimkan isyak dalm waktu magrib semasa kat lumah..Kalau berhenti di tepi jalan ke stesen boleh, tapi kalau buat kat rumah mcm ner? "

SJ-06-0043 : Solat Jamak

:wassalam

al-Jawab:

Menjama' solat kerana keperluan mendesak bukan kerana hujan atau ketakutan. Menurut Syaikh Sayyid Sabiq yang memetik pendapat Imam Nawawi dalam 'Syarh Muslim' nya berkata, memang ada sebahagian Imam yang membolehkan menjama' solat kerana keperluan bukan kerana musafir, antaranya Ibn Sirin, sebahagian fuqaha' Malikiah, sebahagian Syafi'iyah, alKhuttabi, alQaffal, dan pendapat pilihan Ibn Mundzier, asal sahaja hal itu tidak dijadikan suatu kebiasaan. (Fiqh Sunnah1/375, edisi alFath, Syarah Nawawi atas sahih Muslim, 2/3509)

1. menjama' kerana waktu kuliah dari jam 1-2 pm, kemudian terus sambung dgn makmal dari 2-5 pm.

Kami berpendapat dalam kes ini, ia bukanlah suatu keperluan yang mendesak kerana waktu solat Zuhr dan Asr adalah panjang. Semasa makmal anda boleh minta izin dari Lecturer dalam 10 minit utk solat zuhur dan solat Asar boleh dilakukan selepas Lab kerana waktu Asar masih ada banyak lagi.

2. Menjama' solat di rumah sebelum bertolak. Hukumnya boleh

Dalil yang membolehkan solat dijamak sekalipun di perkampungan asal atau tempat mastautin ialah dari perbuatan Nabi sallallahu-alaihi-wasallam yang pernah menjamakkan solat fardhunya apabila masih berada di rumahnya di Madinah ketika hendak memulakan suatu perjalanan yang dijangkanya mempunyai kesukaran di dalamnya. Abdullah ibnu Abbas radiallahu-anhu menerangkan:

Mahukah aku sampaikan kepada kalian tentang kaedah solat Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dalam perjalanan ? Apabila matahari telah tergelincir (masuk waktu Zohor) sedang Nabi sallallahu-alaihi-wasallam masih berada di rumahnya maka beliau menjamakkan antara Zohor dan Asar dalam waktu yang pertama (jamak takdim) [HR Ahmad, Musnad # 3480, dinilai sahih oleh syaikh alMuhaddith Syu'aib al-Arnaouth] lihat juga Fatwa Syaikh Salih al-Fawzan, Majmu' Fatawa, edisi terjemahan Indon, Pustaka Azzam, ms 78. WA