SJ-14-0055 : Nabi a.s perintah bina patung??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0055 : Nabi a.s perintah bina patung??

:salam
Ada sepotong ayat suci AQ (Saba’ 13) dgn maksudnya:

Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (setelah itu Kami perintahkan): "Beramallah kamu Wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.

Terdapatkah nas lain yg menyebut mengapa baginda a.s menyuruh membina patung? Barangkali sekadar perhiasan & bukannya untuk sembahan. 'Ala kulli hal, apakah hukum jika kita muslim umat Muhammad saw membina/mengukir patung/statuette sebagai perhiasan pula?? ::roll:

SJ-14-0055 : Nabi a.s perintah bina patung??

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Firman Allah swt :-

íóÚúãóáõæäó áóåõ ãóÇ íóÔóÇÁõ ãöäú ãóÍóÇÑöíÈó æóÊóãóÇËöíáó æóÌöÝóÇäò ßóÇáúÌóæóÇÈö æóÞõÏõæÑò ÑóÇÓöíóÇÊò ÇÚúãóáõæÇ Âáó ÏóÇæõÏó ÔõßúÑðÇ æóÞóáöíáñ ãöäú ÚöÈóÇÏöíó ÇáÔøóßõæÑõ
dir="ltr">"Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. [Saba' : 34:13]

Berkata Ibn Kathir didalam mentafsir ayat ini mengatakan bahawa Mahaarib merujuk kepada binaan yang cantik dan mempunyai kemuliaan. Maksud Tamathil pula menurut Atiyah al-Awfi, al-Dahak dan al-Suddi adalah gambar/ukiran.

Didalam Tafsir Jalalain menjelaskan bahawa Mahaarib membawa maksud bangunan tinggi dan Tammathil yang merupakan jama' kepada timthaal yang merujuk kepada gambar/ukiran yang diperbuat dari copper dan mamar kaca dan bukanlah gambar/ukiran yang diharamkan oleh syariat.

Menurut Dr Wahbah al-Zuhaily pula :-

Ãí íÚãá ÇáÌä áÓáíãÇä ãÇ íÑíÏ ÇáÑÝíÚÉ æÇáÞÕæÑ ÇáÚÇáíÉ æÇáãÓÇÌÏ æÇáÕæÑ ÇáãÌÓãÉ ÇáãÕäæÚÉ ãä ÇáäÍÇÓ Ãæ ÇáÒÌÇÌ Ãæ ÇáÑÎÇã æäÍæåÇ¡ æÇáÕÍÇÝ Ãæ ÇáÞÕÇÚ ÇáßÈíÑÉ ÇáÊí ÊßÝí áÚÏÏ ßÈíÑ ãä ÇáäÇÓ æÊÔÈå ÍíÇÖ ÇáÅÈá¡
dir="ltr">"Ia itu Jin telah membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia mahukan dari tempat dan istana yang tinggi, masjid-masjid, dan gambar/ukiran 3 dimension yang diperbuat dari copper, kaca atau marmar. dsb, pinggan atau mangkuk yang besar mencukupi untuk bilangan orang yang ramai yang berbentuk mangkuk (basin) Unta" [al-Tafsir al-Munir, 11/483].

Dr Wahbah al-Zuhaily menceritakan bahawa adalah jelas pada zaman Nabi Sulaiman, dibenarkan gambar 3 dimensi ini. Dalil ini menunjukkan bahawa ukiran imej dibenarkan dizamannya, dan hukum ini telah di mansuhkan pada zaman Nabi Muhammad :saw. 'Illah (alasan) memansuhkannya adalah termasuk didalam kaedah saddu zaraa'i (atau langkah berjaga-jaga), kerana orang Arab pada masa dulu menggunakan Mahaarib sebagai tempat sembahan patung mereka. [al-Tafsir al-Munir, 11/485]

Binaan-binaan yang cantik pada zaman Nabi Sulaiman dilakukan sekadar perhiasan dan bukannya bertujuan menyembahnya.

Sebagaimana kita tahu, umat Nabi Muhammad :saw dilarang membina binaan yang berbentuk objek yang bernyawa :

ÝÞÇá ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã : Åä ÃÕÍÇÈ åÐå ÇáÕæÑ íæã ÇáÞíÇãÉ íÚÐÈæä ÝíÞÇá áåã ÃÍíæÇ ãÇ ÎáÞÊã æÞÇá : Åä ÇáÈíÊ ÇáÐí Ýíå ÇáÕæÑ áÇ ÊÏÎáå ÇáãáÇÆßÉ .
dir="ltr">"Maka Rasulullah saw bersabda : Pada hari Kiamat, pembuat imej akan di azab dan dikatakan kepada mereka : beri nyawa kepada mereka yang kamu telah ciptakan, dan baginda bersabda : sesungguhnya rumah yang didalamnya ada lukisan/ukiran/imej tidak akan dimasuki malaikat" [Hadith Riwayat al-Bukhari #1999, Muslim #207].

Sabda baginda :saw lagi, berkata Abu Talhah, Aku mendengar Rasulullah :saw bersabda :

áÇ ÊÏÎá ÇáãáÇÆßÉ ÈíÊÇ Ýíå ßáÈ æáÇ ÕæÑÉ ÊãÇËíá
dir="ltr">"Malaikat tidak akan masuk rumah yang didalamnya ada anjing atau patung" [Hadith Riwayat al-Bukhari #3053, Muslim #2106].

Sekian, wassalam

خيرالأمين