SJ-13-0280 : Toleransi dgn jiran bukan Islam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0280 : Toleransi dgn jiran bukan Islam

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Minta pendapat ahli panel ttg masalah ini.,

Jiran sy berbangsa india dan mungkin agamanya hindu.(kalu tidak silap sebabnya patung2 tuhannya sy lihat melebihi kebanyakan kaum hindu yg lain). masalahnya ialah setiap waktu petang menjelang malam (maghrib) pasti dia akan memasang colok yang amatlah menyesakkan baunya sehingga menimbulkan ketidaksenangan kpd jiran2 disebelahnya.

Jadi sy sebagai jirannya hanya inginkan pandangan atau pendapat drpd panelis cara 'terbaik' menurut Al-Quran dan As-Sunnah utk menegur aktiviti rutin keagamaannya itu.

sekian,

JKK di atas perhatian AAN..

SJ-13-0280 : Toleransi dgn jiran bukan Islam

wa'alaikumussalam wbt.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda sekadar mana yang kami mampu, Insya-Allah.

Agama Islam menggalakkan kerjasama diantara agama. Firman Allah swt :-

áóÇ íóäúåóÇßõãõ Çááøóåõ Úóäö ÇáøóÐöíäó áóãú íõÞóÇÊöáõæßõãú Ýöí ÇáÏøöíäö æóáóãú íõÎúÑöÌõæßõãú ãöäú ÏöíóÇÑößõãú Ãóäú ÊóÈóÑøõæåõãú æóÊõÞúÓöØõæÇ Åöáóíúåöãú Åöäøó Çááøóåó íõÍöÈøõ ÇáúãõÞúÓöØöíäó
dir="ltr">"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." [Al-Mumtahanah 60: 8]

æóÅöäú ÃóÍóÏñ ãöäó ÇáúãõÔúÑößöíäó ÇÓúÊóÌóÇÑóßó ÝóÃóÌöÑúåõ ÍóÊøóì íóÓúãóÚó ßóáóÇãó Çááøóåö Ëõãøó ÃóÈúáöÛúåõ ãóÃúãóäóåõ Ðóáößó ÈöÃóäøóåõãú Þóæúãñ áóÇ íóÚúáóãõæäó
dir="ltr">"Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang dia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam)." [Al-Taubah 9: 6]

Dr. Muzammil Siddiqi mengatakan bahawa : "Islam mengajar Toleransi dalam semua peringkat: individu, kumpulan dan daerah/negeri. Ia hendaklah menjadi keperluan politik dan perundangan. Toleransi ialah satu mekanisma yang menegakkan hak asasi kemanusian, pluraisme dan perundangan." (fatwa IslamOnline, Spirit of Tolerance in Islam).

Firman Allah swt :-

áößõáøö ÃõãøóÉò ÌóÚóáúäóÇ ãóäúÓóßðÇ åõãú äóÇÓößõæåõ ÝóáóÇ íõäóÇÒöÚõäøóßó Ýöí ÇáúÃóãúÑö æóÇÏúÚõ Åöáóì ÑóÈøößó Åöäøóßó áóÚóáóì åõÏðì ãõÓúÊóÞöíãò. æóÅöäú ÌóÇÏóáõæßó ÝóÞõáö Çááøóåõ ÃóÚúáóãõ ÈöãóÇ ÊóÚúãóáõæäó.
dir="ltr">"Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: Allah Amat mengetahui akan apa yang kamu lakukan. Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya." [Sutah al-Hajj 22: 67 - 69].

Agama Islam merupakan satu-satunya agama yang menitik beratkan toleransi. Skop toleransi Islam boleh mencakupi toleransi :-

a. diantara ahli keluarga, suami isteri, ibu-bapa dan anak-anak, dsb.;

b. diantara ahli-ahli masyarakat, jiran, komuniti, persatuan. Tolerasi dari aspek pandangan dan pendapat. Begitu juga toleransi diantara mazhab-mazhab, gerakan dakwah dsb;

c. diantara Islam dan bukan Islam; baik dari aspek [perhubungan diantara kepercayaan agama, dialog, kerjasama dsb).

Berbalik kepada persoalan diatas, penggunaan colok atau setanggi itu tidaklah ada pertentangan dengan agama, cuma barangkali baunya sahaja yang tidak menyenangkan. Ada diantara masjid-masjid yang menggunakan setanggi ini untuk mewangikan masjid, sehinggakan ada jemaah pernah bertanya dengan bekas Mufti Saudi, syeikh Ibn Utsaimin rh berkenaan dengan bersolat dihadapannya terdapat tempat bakar setanggi dan beliau menjawab :-

áÇ ÍÑÌ Ýí Ðáß ¡ æáÇ íÏÎá åÐÇ ÝíãÇ ÐßÑå ÈÚÖ ÇáÝÞåÇÁ ãä ßÑÇåÉ ÇÓÊÞÈÇá ÇáäÇÑ
dir="ltr">"Tidak ada halangan/masalah dengan itu, dan ia bukanlah masuk dibawah hukum mengenai apa yang beberapa fuqaha' menyebut sebagai makruh mengadap api" [Kitaab al-Da’wah, 5, 2/90].

Disebabkan ia hanya melibatkan bau yang tidak menyenangkan, adalah lebih baik anda berbincang dengan jiran secara berhikmah, agar tidak mengecilkan hati jiran. Ini memerlukan skil negotiation yang baik. Mungkin boleh sarankan agar dia mengubah posisi meletakkan colok atau setangginya. Disebabkan dia adalah jiran anda, anda lebih kenal hati budinya dari kami, maka rancangkan cara yang bersesuaian. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين