SJ-09-0013 : Mengerjakan Haji Untuk Orang Lain

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0013 : Mengerjakan Haji Untuk Orang Lain

:salam

Bolehkah seseorang mengerjakan ibadah haji untuk dirinya sendiri dan pada masa yang sama dia berniat mengerjakannya untuk orang lain (bapanya)?

Ada pendapat yang menyatakan tidak boleh kerana sekiranya kita ingin mengerjakan untuk orang lain, kita perlu mengerjakannya pada masa yang lain, bukan serentak. Adakah ianya benar?

Terima kasih.

SJ-09-0013 : Mengerjakan Haji Untuk Orang Lain

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÈÚÏ

HAJI UNTUK DIRI SENDIRI DAN ORG LAIN SERENTAK
Mengerjakan haji sekali gus untuk diri sendiri dan pada masa yg sama untuk orang lain, adalah TIDAK HARUS. Jika diniatkan juga untuk kedua-dua (diri sendiri dan orang lain), maka haji itu jatuh untuk diri sendiri.

Dalilnya:
Hadis Nabi SAW mendengar seorang lelaki berihram untuk Syubrumah. Lalu Nabi tanya, siapakah SYubrumah? Jawabnya: saudara aku, atau anak saudara aku. Lalu Nabi bersabda: Adakah kamu sudah mengerjakan haji untuk dirimu? Kataynya: tidak. Lalu Nabi bersabda: "Kerjakan dahulu haji untuk dirimu, kemudian, barulah untuk Syubrumah".

HR Abu Daud (1811), Ibn Majah (2903). Di sahihkan oleh Ibn Jarud dalam (Muntaqa 2/113), dan Ibn Hibban (9/299), Ibn Khuzaimah (4/345).

HAJI UNTUK ORG LAIN DAHULU, TANGGUH HAJI SENDIRI
Cuma ulama ada khilaf, adakah boleh tangguh haji untuk diri sendiri, dan buat haji untuk orang lain dahulu. kemudian, pada tahun2 seterusnya, barulah buat untk diri sendiri. Jumhur ulama tidak mengharuskan berdasarkan hadis di atas. ada ulama mengharuskan seperti Thauri dll. Begitu juga Imam Malik mengahruskan buat haji untuk org yg telah mati walaupun belum haji untk diri sendiri.

Manakala buat haji serentak unt dua org, setakat ini ana tidak bertemu ada khilaf di kalangan ulama ttg ketidakharusannya. Wallahu A'lam.

rujukan:
Bidayatul Mujtahid 1/234
Fathul Bari 4/69
Aunul Makbud 5/174
Nailul Authar 5/18