SJ - 1978 : BAGAIMANAKAH GOLONGAN ANTI-HADIS BERSEMBAHYANG ?

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1978 : BAGAIMANAKAH GOLONGAN ANTI-HADIS BERSEMBAHYANG ?

A'salam wr kth

Saya nak sampaikan salam kawan saya yang bertanyakan soalan kekeliruannya tempohari dan dia mengucapkan syukur Alhamdulillah.

Kami dalam usrah ada membincangankan ttg golongan GAH = Golongan Anti Hadith nie, tapi kami confuse bagaimana cara mereka menunaikan solat sedangkan dalam Al-quran mana cerita ttg roko', sujud dll pergerakan dalam solat harian kita.
Bagaimana status mereka jika dalam pemerintah Islam nanti.
terima kasih

Re: SJ-1978: Bagaimana cara solat golongan GAH


Jwb:
Isu GAH ni sudah banyak kali dibahaskan sebelum ini di Ahkam Online dan mungkin ada dalam archive Ahkam, saya tidak pasti locationnya. Ia antara isu yg paling awal muncul dalam sejarah Islam sejak zaman tabi'in lagi, kemudian zaman Imam Muhammad Abduh di Mesir dan di Malaysia muncul sekitar 1985. Majlis Fatwa negeri2 kemudian mengharamkannya sekitar 1995-96 (boleh check dgn laman web JAKIM)
Isu bagaimana orang GAH melakukan tatacara solat adalah antara banyak isu yg tidak dapat dijawab oleh kumpulan itu sendiri, malah GAH sendiri mempersendakan perintah solat lima waktu kerana menurut GAH solat lima waktu itu adalah amalan Nabi Ibrahim dan juga amalan kaum musyrikin Quraisy, maksudnya Abu Jahal pun solat 5 waktu. Kita menganggap dengan pengwartaan kesesatan mereka, tidak perlu kita bahaskan secara terperinci kesesatan mereka. Memadai diketahui dasar2 kesesatan mereka sahaja. WaLlahu a'alam

Re: SJ - 1978 : BAGAIMANAKAH GOLONGAN ANTI-HADIS BERSEMBAHYA


SEBAGAI TAMBAHAN BAGI JAWAPAN AL-FADHL USTAZ THTL :
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Memang benar apa yang dinyatakan oleh Al-Fadhil Ustaz THTL itu , Golongan Anti-Hadist ( GAH ) adalah satu golongan yang telah lama wujud lagi dan pernah diberitakan akan kedatangannya sendiri oleh Baginda Rasulullah s.a.w di dalam hadis-hadis mengenai peristiwa-peristiwa akhir zaman .

Semenjak kemudahan internet ini digunakan secara meluas di negara kita di sekitar awal 1996 , kita telah melihat beberapa tokoh cendekiawan muslimin yang bermati-matian mempertahankan kedudukan Al-Hadis sebagai sumber perundangan umat Islam . Di antara mereka yang aktif menulis mengenai kesesatan golongan ini ialah Al-Fadhil Ust THTL sendiri , Al-Fadhil Ustaz Zain ys ( Webmaster kita ) dan Ibnu Sunni ( Al-Fadhil Ustaz Muhammad Asri Yusuf Al-Hafiz ~ Kubang Kerian , Kelantan D.N ) .

Dan alhamdulillah , di Al-Ahkam online ini sendiri ada menyediakan RUANGAN ANTI-G.A.H

**************************************

Berbalik pada masalah : “ BAGAIMANAKAH G.A.H INI MENUNAIKAN SEMBAHYANG ? “ .

Perintah sembahyang sememangnya banyak terdapat di dalam Al-Quran Al-Karim , akan tetapi tatacaranya secara detail tidak dijelaskan di dalamnya , sebaliknya dijelaskan dan disokong pula oleh Al-Hadis An-Nabawi .

Ini sebenarnya bukanlah bermakna Al-Quran itu kabur isi-isinya , akan tetapi fungsi Al-Hadis itu sendiri sebagai penjelas kepada Al-Quran merupakan satu mukjizat besar daripada Allah Ta’ala itu sendiri !!! . Bagaimana ? . Iaitu dengan adanya Al-Hadis , maka dapatlah kita lebih meyakini bahawa Al-Quran dan Al-Hadis itu sendiri merupakan wahyu Allah Ta’ala . Sebagai mana Al-Quran itu disampaikan melalui lisan Baginda Rasulullah s.a.w , maka begitulah juga dengan Al-Hadis . Apatah lagi dengan banyaknya keserasian di antara Al-Quran dengan hadis-hadis yang sahih sendiri , sudah cukup meyakinkan kita bahawa kedua-duanya datang daripada Allah Ta’ala .

Jadi di dalam masalah sembahyang ini , G.A.H sendiri tidak menunaikannya menurut panduan di dalam hadis-hadis yang sahih , jadi bagaimanakah mereka sembahyang walhal kaifiat ( tatacara ) sembahyang secara detail tidak dijelaskan di dalam Al-Quran ? . Sebab itu d antara soalan yang top-ten drp golongan ini ialah : “ ADAKAH AL-QURAN MENGAJAR KITA TATACARA SEMBAHYANG SECARA DETAIL ? “ .

G.A.H selalu menonjolkan bahawa merekalah Golongan Al-Quran , mereka tidak memerlukan Al-Hadis . Jadi, kalau begitu sudah tentu mereka akan sembahyang dengan cara-cara yang hanya terdapat di dalam Al-Quran , contohnya :

æóÃóÞöãö ÇáÕøóáÇóÉó ØóÑóÝóíö ÇáäøóåóÇÑö æóÒõáóÝðÇ ãøöäó Çááøóíúáö

Ertinya : “ Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam “ .

Dalam ayat di atas dinyatakan bahawa sembahyang itu hanyalah pada 3 waktu , iaitu ( 1 ) – Pagi , ( 2 ) – Petang dan ( 3 ) – Permulaan Malam .

Pagi itu bila ? . Ianya tidak diperincikan di dalam Al-Quran Al-Karim . Mungkin GAH sembahyang ketika matahari baru naik .

Petang itu bila ? , Jam berapa ? . Tidak juga diperincikan di dalam Al-Quran . Mungkin GAH akan sembahyang di waktu jam 3.00 petang ( sebab masa tu masa break dan rehat bagi pekerja-pekerja ) . Ataupun mungkin juga GAH akan sembahyang di hujung petang iaitu dekat-dekat nak gelincir matahari .

Permulaan malam itu jam berapa pula ? . Mungkin GAH akan menjawab : “ Permulaan malam itu masa matahari terbenamlah @ maghrib ! “ .

Itulah cara mereka sembahyang , sebab sembahyang 5 waktu ini – sbg mana kata mereka – tidak diajar di dalam Al-Quran .

Lalu jadilah GAH dan orang-orang beragama SHINTO di Jepun “ ADIK-BERADIK “ , sebab kedua-duanya melakukan sembahyang di masa matahari betul-betul terbit dan terbenam !!! .

Bagaimana pula dengan tatacara sembahyang mereka ? . Ya ! mungkin mereka mengatakan hanya cukup dengan melakukan rukuk dan sujud sahaja , kerana kedua-dua itu sahajalah yang disebut di dalam Al-Quran Al-Karim .

Jadi , bagaimana rupanya sembahyang GAH ini ? . Rukuk yang bagaimana rupanya ? . Sujud yang bagaimana rupanya ? .

Mungkin juga mereka rukuk dan sujud sebagai mana orang-orang Budha di Tibet melakukan sembahyang iaitu dengan cara menepuk tangan , kemudian rukuk lalu ( tanpa iktidal ) terus sujud dengan keadaan meniarap ke bumi !!!.

Ataupun mungkin GAH akan sujud seperti seekor anjing yang menghamparkan kedua-dua kakinya ke hadapan ( iaitu dengan cara siku dirapatkan ke bumi ) . Lalu jadilah GAH dan Budha Tibet ( Dalai Lama ) sebagai kaum yang sama tatacara ibadahnya !!! .

Akhirnya , pendokong-pendokong GAH akan berkata : “ Inilah sebenarnya cara sembahyang yang disebut di dalam Al-Quran !!! “ .

Benarkah begitu ? Benarkah itu caranya rukuk dan sujud serta sembahyang yang dituntut untuk kita melaksanakannya ???.

Tepatlah golongan GAH ini dengan apa yang disifatkan oleh Allah Ta’ala :

Åöä íóÊøóÈöÚõæäó ÅöáÇøó ÇáÙøóäøó æóÅöäú åõãú ÅöáÇøó íóÎúÑõÕõæäó

Ertinya : “ Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangka-sangkaan semata-mata , dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah) “ ~ Surah Al-An’am : Ayat 116 .

**************************************

“ BAGAIMANAKAH KEDUDUKAN MEREKA ( GOLONGAN ANTI-HADIS ) JIKA MALAYSIA MELAKSANAKAN ISLAM SEBAGAI DASAR TERTINGGI PERUNDANGAN NEGARA ? “.

Ini soalan cepumas ! . GAH adalah golongan yang bukanlah terdiri drp mereka yang anti-Hadis Hadis Palsu , sebaliknya GAH juga adalah Anti-Hadis-Hadis yang mutawatir dan yang sahih !!!.

Ataupun dengan kata lain : “ GAH tidak percaya langsung akan sabda-sabda Rasulullah s.a.w , sekalipun hadis-hadis yang sahih !!! “ .

Kalau begitu maka : GAH = Golongan Murtad .

GAH , Qadiani , Batiniyah , Ajaran-Ajaran Sesat , Al-Arqam ( Ar-Rufaqa’ ) SAMA SAHAJA iaiatu SAMA-SAMA SESAT DAN MENYESATKAN !!! .

Golongan yang murtad , menurut hukum dan undang-undang Islam mestilah diberi nasihat @ kaunseling terlebih dahulu . Kemudian diberi tempoh untuk bertaubat . Dan akhirnya , jika mereka tetap tidak mahu bertaubat , mereka hendaklah dibunuh !!! .

Mengapakah mereka perlu dibunuh akhirnya ? Tidakkah ini zalim ? .

Kalau ini zalim maka katakanlah kepada doktor-doktor yang mahu mengubati seseorang yang merawati seorang pesakit kencing manis ( diabetes ) : “ HAI DOKTOR ! JANGANLAH KERAT KAKI DIA KERANA ITU SATU KEZALIMAN !!! “ .

Tapi siapa pula akan mendengar teguran yang gila seperti itu ?.

Orang-orang yang mengidap penyakit kencing-manis dikerat kakinya kerana di situlah IBU PENYAKITNYA . Kalau tidak dikerat , ia akan makin merebak ke bahagian-bahagian anggota tubuh badan seseorang manusia .

Orang-orang yang murtad pula , penyakit riddah ( murtad ) mereka JAUH LEBIH MERBAHAYA daripada penyakit kencing manis . Dan penyakit riddah ini pula IBUNYA terletak di kepala-kepala orang yang murtad itu . Kalau tidak dipotong kepala itu , sudah pasti penyakit itu akan berjangkit pula kepada orang-orang lain !!! .

**************************************

Saya STOP setakat ini , dan sebagai penutup , saya akan membawa saudara/I sekalian meniliti kembali dialog di antara Al-Fadhil Ustaz Zain ys ( Webmaster kita ) dengan salah-seorang yang mungkin menaruh simpati kepada GAH yang tiada “ gah “ nya .

Selamat Mengikutinya ………………..

GAH: Bapa saya kata jangan hukum orang!
Nama Penuh: puteri elynna
E-Mail: [email]sly_35@hotmail.com[/email]
Daerah: lakin
Negeri: johore bahru
Pekerjaan&jawatan/penuntut:: pengurus operasi
Majikan/jabatan/univ/sekolah:: swasta
Soalan: Assalamualaikum,
Saya amat tertarik dengan web ini tapi setelah saya baca kesemua rencana di sini saya masih terkeliru dan terkilan antaranya ialah.
Saya dapati ahli-ahli panel di sini dengan mudah menjatuhkan hukum pada orang. seperti golongan ini dan itu murtad, sesat dan menyimpang jauh dari ajaran islam. Apa yang saya faham dari bapa saya ialah kita manusia biasa ini tak boleh sama sekali menjatuhkan hukum pada orang lain. Hanya terserah pada Allah saja. Kita ini tidak ada satu saham pun dalam perciptaanNya. Ahli-ahli panel dan saya pun sedang mencari jalan yang lurus. Apa akan terjadi pada golongan GAH yang ahli panel kata sesat adalah benar-benar direstui oleh Allah, dan begitu juga pada golongan lain. Mahukah Ahli-ahli panel bertanggungjawab nanti...
sila jawab kekeliruan saya ini.
[=blue]
Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Masalah: Apa yang saya faham dari bapa saya ialah kita manusia biasa ini tak boleh sama sekali menjatuhkan hukum pada orang lain. Apa akan terjadi pada golongan GAH yang ahli panel kata sesat adalah benar-benar direstui oleh Allah, dan begitu juga pada golongan lain. Mahukah Ahli-ahli panel bertanggungjawab nanti...

Bapa saya menjawab: "Tanya soalan ini kepada GAH?"
Bapa saya berkata lagi: "Yang mengatakan GAH sesat dan murtad ialah kerajaan Malaysia, bukan anak saya. Tanya JAKIM."
Saya bertanya: "Jika sesat dan murtad, kenapa GAH tidak diambil tindakan sebagaimana puak2 tarekat sesat & al-Arqam?"
Bapa saya menjawab: "Itu yg peliknya. Tanya Dr. M!"
Saya bertanya: "Macam mana GAH bersembahyang?"
Bapa saya menjawab: "Tanya Nabi Ibrahim a.s."
Saya bertanya: "Kenapa mereka di gelar GAH?"
Bapa saya menjawab: "Tanya Goldziher."
Saya bertanya: "Bila hari kiamat berlaku menurut GAH?"
Bapa saya menjawab: "Tanya Rashad Khalifa."
Saya bertanya: "Mengapa Jamaah al-Quran Malaysia tidak ditubuhkan?"
bapa saya menjawab: Tanya Anwar Ibrahim.
Saya bertanya: "Kenapa umat Islam tidak boleh bersatu. Ada Ahlus Sunnah, Syiah, Muktazilah dsbnya?"
Bapa saya menjawab: "Tanya Kasim Ahmad."
Saya bertanya: Benarkah Kasim Ahmad ahli *Umno* (kali pertama disebut di aL-AHKAM)?
Bapa saya menjawab: Tanya sabarudin Chik
Komen: Mungkin bapa saya dulu pernah belajar ilmu Mantiq Aristotle.
----------
Masalah: Saya dapati ahli-ahli panel di sini dengan mudah menjatuhkan hukum pada orang. seperti golongan ini dan itu murtad, sesat dan menyimpang jauh dari ajaran islam. Apa yang saya faham dari bapa saya ialah kita manusia biasa ini tak boleh sama sekali menjatuhkan hukum pada orang lain. Hanya terserah pada Allah saja. Kita ini tidak ada satu saham pun dalam perciptaanNya.

Jawab: Jika diandaikan, ada orang sembah berhala, dan mengatakan bahawa patung itu adalah Tuhan sebenarnya, apa kamu mahu kata? Apa kamu mahu hukum?
Masalah: Apa yang saya faham dari bapa saya ialah kita manusia biasa ini tak boleh sama sekali menjatuhkan hukum pada orang lain..

Jawab: Yang berhak mencipta hukum dan menghukum hanya Allah Taala. Manusia tidak boleh samasekali merampas hakNya. Apa yang manusia boleh lakukan ialah melaksanakan hukumNya, dan menyebarkan serta memberi kefahaman kepada manusia tentang hukum-hakamNya. Orang yang berpengetahuan tentang hukum-hakamNya hendaklah memberitahu dan memberi peringatan kepada orang yang tidak tahu atau yang lalai. Jika ada orang yang menyembah berhala, kita yg tahu hukum wajib memberitahunya bahawa ini adalah perbuatan syirik dan sesat.
Kita menyatakan bahawa kumpulan ini sesat dan murtad, bukan kerana kita yang mencipta hukum itu. Tetapi berdasarkan hukum yg telah ditetapkan Allah. Kita hanya menyampaikannya sahaja, agar manusia tahu. Agar manusia menjauhkan diri darinya.
Di Malaysia yg mencipta hukum ialah parlimen. Bukan polis. Bukan Jpj. Bukan dewan bandaran. Juga bukan tok hakim.
Apakah boleh, jika kita ditahan oleh JPJ, dan disaman, kita katakan, kamu tidak berhak menghukum, menyaman.. bla.. bla... Yang berhak hanyalah parlimen.
---------
Sebab itulah para Rasul di utus. Tujuannya ialah untuk memberi pedoman cara bertauhid, mengajar hukum. Memberitahu halal haram. Memberi khabar gembira serta memberi peringatan. Rasul membawa apa yang diwahyukan oleh Allah untuk disampaikan kepada manusia.
Apa akan terjadi jika Rasulullah s.a.w. ditanya, apakah hukum melakukan begitu dan begini? Dijawabnya: Serahkan kepada Allah.
Apa akan berlaku jika para ulamak ditanya: Apakah hukum berzina? Dijawabnya: Serahkan saja pada Allah. Kita lihat diakhirat nanti apakah zina itu halal atau haram?
Apabila ditanya, apakah hukum memakan babi. dijawabnya: Ya, terserah saja pada Tuhan. Kita tunggu di akhirat nanti, apakah babi itu halal atau haram.
Jika ada wanita Islam yang murtad, katakan sahaja, biarkan Allah saja yang hukum. Kita lihat nanti di akhirat, murtad itu boleh atau tidak?
Apakah akan berlaku jika pemerintah dihadapkan dengan seorang pembunuh, dijawabnya: Serahkan sahaja hukumannya kepada Allah Taala. Kita lihat di akhirat nanti, apakah membunuh itu berdosa ataupun tidak.
----------
Dalam sejarah Islam pernah berlaku keadaan begini, di mana terdapat satu puak yang digelar Murji'ah. Mereka mengembalikan segala hukum kepada Allah. Dengan maksud, lihat sahaja di akhirat nanti siapa yang bersalah.
---------
Natijahnya: GAH adalah sesat dan murtad tanpa kompromi lagi! Dan ia wajib dihukumkan begitu. Seseorang itu akan sesat juga jika dia mengatakan bahawa GAH tidak sesat. Dan wajib juga mengkhabarkannya kepada semua orang dan pada semua genarasi yang berikutnya bahawa GAH adalah kumpulan sesat dan murtad. *Intaha...*
Sekian. Wallahu a'lam.
zain y.s. [/b]

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

6 / Ramadhan / 1423 H
11 / November / 2002 M

Isnin – Bandaraya Kaherah

Pendekar ®
http://al-ahkam.com.my/forum