SJ-12-0209 : Cinta Dengan Penzina

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0209 : Cinta Dengan Penzina

Assalamualaikum wbr yang mulia ustaz.. Saya nk mendapatkan justifikasi tentang soalan di bawah:

Saya berkenalan dengn serius dengan seorang lelaki. Setelah sekian lama, saya mendapat tahu drpd beliau yang mana beliau pernah terlibat dengan zina sebanyak 2 kali sebelum mengenali saya. Beliau menyatakan bahawa beliau telah berubah dan bertaubat.

Soalan saya, kaedah mana yang terbaik yang perlu saya lakukan untuk menghadapi masalah ini kerana saya sudah mula menerima dia dlm hidup saya? Saya bimbang sekiranya berkahwin dgnnya, dosa yang dilakukan beliau akan memberi kesan kepada zuriat keturunan saya. Bukan kah org yg baik jodohnya dgn yg baik juga? bermakna org zina dengan penzina juga?

Terima kasih banyak ustaz

SJ-12-0209 : Cinta Dengan Penzina

:wassalam

al-Jawab:

Maksud ayat (AQT 24:03) " lelaki pezina (azzaani) tidak mengahwini melainkan perempuan pezina" ialah ditegah mengahwini mereka yg terlibat dalam industri seks, yakni wanita pelacur atau lelaki yg mengunjungi pusat pelacuran dan tidak bertaubat. Ayat ini turun kerana seorang sahabat meminta idzin RasuluLlah saw utk mengahwini kekasihnya seorang pelacur. Maka Nabi saw membaca ayat ini (tafsir Ibn Kathir).

Bagi pezina yang bertaubat nasuha, masih ada peluang kedua.
Dalilnya: " wahai hamba-hama-Ku yg berlebihan (dalam membuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat-Nya. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya" AQT Zumar: 53

Dia hendaklah diselidiki, diuji dan dilihat sejauh mana ia benar-benar bertaubat dan telah kembali ke pangkal jalan. (S Muhammad Salleh al-Munajjid, Uriidu an Atuuba walaakin) sekian