SJ-05-0294 : doa slps tahiyyat akhir

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0294 : doa slps tahiyyat akhir

:salam

sy pernah mendengar bahawa ada doa yg dibaca slps tahiyyat akhir sblm salam.

Adakah doa ini thabit dr Rasullullah s.a.w? Jika ya, diharapkan agar dapat diberikan hadith yg berkenaan agar dpt saya dan pengunjung laman ini mengamalkannya.

Terima kasih.
:wassalam

SJ-05-0294 : doa slps tahiyyat akhir

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Telah dijawab dalam soalan: SJ-07-0077 : doa semasa tahhiyat akhir?
jawapannya adalah seperti berikut:

Quote:
Sabit dalam hadis2 sahih Nabi SAW berdoa sebelum memberi salam, dan menggalakkan kepada umatnya. antaranya:
- hadis Ibn Masud: "Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa2 yg paling dikaguminya". HR Bukhari dan Muslim.

Berdoa ketika ini adalah masyruk dan sunnah dengan sepakat seluruh org2 Islam. Malahan ada kalangan salaf dan khalaf menganggapnya wajib. Sebagaimana Tawus bin Kaisan mengarahkan sesiapa yg tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi sembahyangnya.

Quote:
Berikut adalah beberapa doa yg diriwayatkan:

pertama:

Çááøóåõãøó Åöäøöí ÃóÚõæÐõ Èößó ãöäú ÚóÐóÇÈö Ìóåóäøóãó¡ æóãöäú ÚóÐóÇÈö ÇáúÞóÈúÑö¡ æóãöäú ÝöÊúäóÉö ÇáúãóÍúíóÇ æóÇáúãóãóÇÊö¡ æóãöäú ÔóÑøö ÝöÊúäóÉö ÇáúãóÓöíÍö ÇáÏøóÌøóÇáö
Ertinya: "YA Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih dajjal." (HR Muslim 1276)

kedua:

Çááøóåõãøó ÇÛúÝöÑú áöí ãóÇ ÞóÏøóãúÊõ æóãóÇ ÃóÎøóÑúÊõ æóãóÇ ÃóÓúÑóÑúÊõ æóãóÇ ÃóÚúáóäúÊõ æóãóÇ ÃóÓúÑóÝúÊõ æóãóÇ ÃóäúÊó ÃóÚúáóãõ Èöåö ãöäøöí, ÃóäúÊó ÇáúãõÞóÏøöãõ æóÃóäúÊó ÇáúãõÄóÎøöÑõ, áÇó Åöáåó ÅöáÇøó ÃóäúÊ
Ertinya: "Wahai Tuhan, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, yang aku melampau, dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada tuhan sebenar melainkan Engkau." (Muslim 1762).

ketiga:

Çááøóåõãøó Åöäøöí ÙóáóãúÊõ äóÝúÓöí ÙõáúãÇð ßóËöíÑÇð æóáÇó íóÛúÝöÑõ ÇáÐøõäõæÈó ÅöáÇøó ÃóäúÊó. ÝóÇÛúÝöÑú áöí ãóÛúÝöÑóÉð ãöäú ÚöäúÏößó æóÇÑúÍóãúäöí¡ Åöäøóßó ÃóäúÊó ÇáúÛóÝõæÑõ ÇáÑøóÍöíãõ
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang." (Bukhari 6181 dan Muslim 6819).