SJ-12-0218 : lanjutan wanita haidh dlm masjid

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0218 : lanjutan wanita haidh dlm masjid

:salam

bila SS Mufti Perlis kata solat sunat eid sunnah dilakukan di tanah lapang supaya org ramai terutama wanita haidh pon boleh join, maka ada yang berhujjah "inilah dalil bahawa wanita haidh tidak dibenarkan berada di dlm masjid, oleh sbb itu nabi s.a.w menyuruh solat eid dilakukan di tanah lapang bagi membolehkan wanita haidh sama2 join.."

adakah hujjah ini diterima??
:wassalam

SJ-12-0218 : lanjutan wanita haidh dlm masjid

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Nabi :saw memerintah wanita agar mereka keluar menyertai Eid dan mengisyaratkan agar Eid dilakukan tempat lapang agar simbol/syiar Islam dapat dimanifestasikan.

Malah Syiekh Ahmad Syakir rh dengan memetik kata-kata Ibn Qudamah rh mengatakan bahawa tidak ada riwayat yang mengatakan bahawa Nabi :saw melakukan Solat Eid di masjid melainkan jika terdapat sebab atau alasan tertentu; eg: hujan. Kenyataan ini menjelaskan bahawa melakukan Solat Eid di Tanah Lapang merupakan simbol Solat Eid. Mazhab Maliki menjelaskan bahawa adalah bid'ah melakukan solat eid di masjid, kecuali dengan alasan-alasan tertentu.

Pada hari-hari yang bukan Eid, wanita digalakkan bersolat dirumah jika kedatangan mereka menimbulkan fitnah. Hadith Nabi :saw menyuruh semua wanita keluar pada hari Eid, bukan hanya tertumpu kepada wanita haidh sahaja. Umm 'Atiyah berkata :-

ÃóãóÑóäóÇ ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Ãóäú äõÎúÑöÌóåõäøó Ýöí ÇáúÝöØúÑö æóÇáÃóÖúÍóì ÇáúÚóæóÇÊöÞó æóÇáúÍõíøóÖó æóÐóæóÇÊö ÇáúÎõÏõæÑö ¡ ÝóÃóãøóÇ ÇáúÍõíøóÖõ ÝóíóÚúÊóÒöáúäó ÇáÕøóáÇÉó æóíóÔúåóÏúäó ÇáúÎóíúÑó æóÏóÚúæóÉó ÇáúãõÓúáöãöíäó . ÞõáúÊõ : íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ¡ ÅöÍúÏóÇäóÇ áÇ íóßõæäõ áóåóÇ ÌöáúÈóÇÈñ . ÞóÇáó : áöÊõáúÈöÓúåóÇ ÃõÎúÊõåóÇ ãöäú ÌöáúÈóÇÈöåóÇ .
dir="ltr">"Rasulullah :saw memerintahkan kami membawa mereka (wanita) keluar pada hari (Eid) al-Fitr dan al-Adha, dan membawa kanak-kanak kecil wanita, wanita haid dan wanita dara, akan tetapi wanita haid hendaklah menjauhi dari solat, akan tetapi mereka bersaksikan kebaikkan dan pertemuan orang-oran Islam. Aku Berkata : Ya Rasulullah :saw, Jika salah seorang dari kami tidak mempunyai Jilbab? Baginda berkata : Biarkan saudara perempuannya meminjamkan Jilbabnya" [Hadith Riwayat Al-Bukhaari #324 dan Muslim #890

Kesimpulan yang diambil dari beberapa hadith yang menerangkan solat Eid adalah :-

a. Solat Eid hendaklah dilakukan di tempat lapang, melainkan ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti hujan turun.

b. Semua orang digalakkan keluar menyertai solat Eid, tidak terkecuali anak gadis, anak dara dan juga wanita2 haid. Ini menjelaskan bahawa keluar beramai-ramai adalah Syiar atau simbol Eid. Hadith tersebut tidak ditumpukan kepada wanita haid sahaja. Ia bermaksud, wanita2 yang jarang keluar rumah juga digalakkan keluar.

c. Alasan menunjukkan galakkan melakukan solat Eid di tempat terbuka agar wanita haid dapat hadir juga ada mempunyai kebenarannya. Kerana itu ulama' mengatakan bahawa isu wanita haid masuk ke masjid merupakan isu khilafiyah.

Sekian, wassalam

خيرالأمين