SJ-12-0216 : KEKELIRUAN MENGENAI AURAT LAGI...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0216 : KEKELIRUAN MENGENAI AURAT LAGI...

:salam
Diharamkan kepada kamu berkahwin (perempuan-perempuan yang berikut), ibu-ibu kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara bapa kamu dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki dan anak-anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara sesusuan kamu dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam peliharaan kamu dari isteri-isteri yang telah kamu campuri, tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telah pun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya), dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu, dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu, sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi, dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaja yang kamu membelinya, (diharamkan segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu, dan (sebaliknya), dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain dari yang tersebut itu"

Berdasarkan ayat di atas saya masih kurang jelas berkaitan dengan batas aurat antara saya dengan bapa saudara saya.(ibu saudara=isteri bapa saudara adalah kakak ibu saya.bapa saudara saya hanya ipar ibu saya sahaja.)adakah dia dikira mahram saya?bagaimana pula dengan datuk saudara?adik beradik datuk atau nenek saya?

SJ-12-0216 : KEKELIRUAN MENGENAI AURAT LAGI...

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

bapa saudara yang menjadi mahram anda ialah: adik beradik kandung ayah, dan adik beradik kandung emak.
Jadi, bapa saudara yang anda maksudkan dalam soalan, bukan mahram anda, kerana dia cuma suami emak saudara anda. Bukan bapa saudara dalam erti kata syarak. Dalam bahasa melayu, dipanggil 'bapa saudara sabit'.

Sama juga, maksud datuk saudara yang menjadi mahram ialah: Adik beradik kepada datuk anda, atau adik beradik kepada nenek anda. Manakala suami kepada nenek saudara, bukanlah datuk saudara dalam erti kata syarak. Cuma orang melayu panggil 'datuk saudara sabit'.

Wallahu A'lam.