:salam
Beberapa persoalan psl ahli kitab. Golongan orthodox jews mcm Naturei Karta tu dilihat sbg betul2 menentang Zionis & kenegaraan Israel; menuntut pemulangan hak rakyat Palestin, dsb.
1) Ataupun itu semua gimik mereka shj? Sbb dlm AQ ada sebut bhw mereka ni takkan redha dgn org2 Islam sehingga kita rosak binasa (lbh kurang gitu mafhumnya).
2) Adakah 70,000 org Yahudi yg keluar bersama2 Dajjal di khurasan pd hari kiamat (hadith nabi?) adalah termasuk golongan by-the-book yg 'baik' mcm naturei karta nih? Maksudnya, hari kiamat nanti masih wujudkah lagi org yahudi yg benevelont cam diorang nih?
Maaf jika soalan melampau, tapi soalan2 ni agak relevan pd sy memandangkan sy acap kali gi outstation ke Singapura dan kebetulan ada encounter dgn geng minoriti orthodox jews kat sana. Sy tengok ada disparity antara mereka dgn locals kat situ. Sehinggakan bila sy tnya colleagues sy yg berbangsa cina, rata2 mengatakan mereka langsung tiada kenalan/kwn orthodox jews.
3) Sejauh manakah Islam membenarkan kita bercampurgaul dengan diorang nih dan bolehkah mereka ni dianggap sbg 'kawan' oleh org2 Islam? MUIS pun mungkin belum pernah buat sessi 'taqrib' dgn mereka. Jadi, apa sikap/cara kita dlm mencuba utk perkenalkan mereka pd Islam?
Minta penerangan tetuan panel terutama yg berpengalaman dealing dgn ahli kitab.
Syukran
:wassalam
al-Jawab:
1) Sikap sebenar Islam terhadap yahudi ialah Islam bukan anti Yahudi. Islam cuma anti Zionis dan kezaliman yang mereka lakukan terhadap Palestine atau umat Islam. mengenai keujudan golongan Yahudi yang tidak bersetuju dengan kezaliman Israel terhadap umat Arab memang benar bukan gimik. bahkan mereka pernah dialog dgn Prof al-Qardhawi pada tahun 2004 di London atas jawatannya sebagai Pres majlis Fatwa Eropah (al-Qardhawi, Nahnu wal Gharb)
2) Hadith itu adalah hadith sahih, dikeluarkan oleh Muslim dan Ahmad, terjemahnya:
" Dajjal itu akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari Esfahan (republik Islam Iran) yang memakai jubah."
Sudah tentu pengikut Dajjal adalah bukan yahudi yang baik.
3) Sikap kita terhadap Yahudi dipandu oleh al-Qur:an, yakni secara umum, kita ada hubungan istimewa dengan Yahudi dan nasrani dan hubungan itu dinamakan hubungan sesama agama samawi, di mana kita boleh makan sembelihan mereka dan boleh mengahwini perempuan mereka yang suci.
namun hubungan itu juga di pandu oleh dasar semasa yang diambil oleh Pemerintah dan iklim politik dunia buat masa ini. Malaysia misalnya tidak ada hubungan diplomatik dengan israel dan hubungan dengan Yahudi tidak ujud. sekian WA