Salam,
Secara umum mengetahui arak adalah haram..Tapi sekiranya suatu masa teknologi n kepakaran manusia yang dikurniakan allah boleh memisahkan unsur yang memabukkan didalam arak apakah hukum meminum arak itu?
Hukumnya difatwakan haram. Antaranya Islam Online 12/07/2003, Majlis Fatwa Singapore (31/05/2007). Hujah IOL ialah pengesahan dari pengilang arak USA bahawa walaupun ada teknologi untuk menyahkan alkohol dari arak/beer, namun ia tidak mungkin dapat dinyahkan 100%. Maka jika ada saki baki alkohol dalam beer, maka ia tetap menjadikan beer itu haram berdasarkan dalil hadith:
" apa yang banyaknya memabukkan, jika sedikitpun haram juga." (HRr Ahmad, Abu daud dan Termidzi, dinilai sahih oleh al-Albani dalam al-Irwaa' (2375)
Fatwa Singapore pula menambah kerana ia menyokong dan menyuburkan budaya arak dan selaras dgn kaedah syarak: Sadd adDzaara'iy (menutup pintu-pintu fitnah dan kejahatan), yakni jika bermula dengan arak tanpa alkohol akhirnya akan membuka lubang kepada arak yang beralkohol. sekian
:wassalam
al-Jawab: